Saturday, September 3, 2011

Aku hanya ada 3 bulan,...

Raya ke-lima.

Dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan. Sejak kita masih bayi sehingga kita pulang kembali kepadaNya. Mungkin ada yang kata, waktu bayi mungkin masih boleh tapi bila sudah nyanyuk, tak mungkin. Oh, atuk aku yang sudah nyanyuk masih memilih. Cuma bentuk pemilihan berlainan dari umurnya sewaktu kuat dan sebelum nyanyuk. Kadang-kadang lagi cerewet pulak! oho!

Kenapa aku bercakap pasal pilihan?
Jawapan: Disebabkan aku perlu membuat pilihan mengenai kerjaya aku. Ada teman-teman aku pelik kenapa aku tiba-tiba berubah kerjaya. Ada yang terkejut kambing (sebab tidak melompat macam beruk-mengembek aje kot). Ada juga yang bersikap negatif, "alah, nak kerja senang la tu.. dapat balik cepat, cuti lama,...". Tidak payah jauh, kakak kandung aku sendiri macam tidak percaya, "bukan awak garang ke?". Yea, itulah antara komentar-komentar dari manusia sekeliling aku dengan kerjaya aku sekarang. Aku tidak menyalahkan komentar yang dilontarkan sebab ramai sangat kawan aku dari sekolah sehinggalah ke zaman Universiti yang memilih kerjaya aku sekarang antara dua sebab. Satu: tak dapat kerja lain. Dua: senang sebab dapat balik awal dan cuti lama. Aku sendiri sebenarnya tidak percaya dengan tanggungjawab yang aku pikul sekarang. Pada aku, sangat berat tanggungjawab ini dan aku senantiasa susah hati. Takut.

Aku sepatutnya memulakan kelas aku di British Council bulan ini untuk menjadi pendidik yang lebih baik. Satu kelas yang sangat istimewa untuk menjadikan aku seorang yang pakar dengan kerjaya aku sekarang. Tapi selepas berbincang gitu gini, aku tangguhkan dahulu sehingga awal tahun hadapan. insyaAllah. Kenapa perlu ditangguhkan? Kerana aku sendiri tidak pasti apakah kerjaya sebenar yang aku inginkan.

Di kampung, dua persoalan yang diutarakan kepada aku. Persoalan pertama tu, aku pejam mata sebab ia melibatkan pihak kedua (hehe). Persoalan kedua, adalah kerjaya aku yang terkini. Pakcik aku dok marah dan marah. Antara dialog-dialognya, "asyik berkorban untuk orang lain, awak ingat orang lain ada berkorban untuk awak?", "belajar bertahun-tahun lepas tu kerja macam tu aje??" dan, "keep on thinking about others, so who is thinking about you?".

Now, I have only three months to make a decision, for my career path. To keep on doing with what I am doing now or back to my line in HR. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini membuat keputusan. Amin.

Kamu yang mahu beri pendapat? Sila laaaaaaaa beri sebab aku sememangnya SANGAT BUNTU!! isk, isk,....


Pic info: keadaan di bilik sewa, kerja tidak pernah habis! Dan buku adalah peneman aku sepanjang masa,.... dan lappy aku juga~




2 comments:

Tie said...

Salam AidilFitri Jue.. lama tak tanya khabar.

Bagi kak tie, pilihlah kerjaya yang membuatkan kita rasa puas dan gembira... rasa itulah yang akan jadikan kita lebih bersembangat dan ikhlas nanti.

S.Dayana said...

Mlmh jgnla pindah......