Monday, November 8, 2010

Haji Mabrur~ Hajjah to be,..

Aku baru balik dari Kelana Jaya.
Menghantar seorang sahabat menunaikan Haji dengan kedua orang tua beliau. Sahabat yang amat aku percayai. Ok, satu-satunya sahabat yang aku percayai.

Seperti biasa, keadaan di Kompleks Tabung Haji memang sesak. Penerbangan sahabat aku ("Hajjah to be" aku dok panggil) adalah merupakan penerbangan untuk menunaikan haji yang kedua terakhir. Maknanya, esok merupakan penerbangan yang terakhir bagi tetamu-tetamu Allah kali ini untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5. insyaAllah. Aku dari Bangi (tempat aku mencari sesuap nasi sekarang), direct terus ke rumah sahabat ini tadi di Serdang. Kami rapat sejak sahabat ini baru kembali ke tanah air dari States berpuluh tahun lepas. Arwah mak aku rapat dengan mak beliau dan papa aku, rapat dengan abah beliau. Macam ini la, kira bila sebut nama aku atau nama beliau dengan keluarga kami, parents will say 'ok'. Senang cerita, kami memang rapat.

Apa yang aku hendak sentuh sebenarnya adalah mereka-mereka yang menyampaikan pesan pada sahabat aku ini. Biasa la, bila kita menyampaikan pesan berdoa kepada tetamu-tetamu Allah ini. Tapi yang cukup buat aku terkesima adalah apabila salah seorang kawan beliau memesan barangan untuk dibeli di Tanah Suci. Ok, sekali mintak (mintak yea sebab tukang pesan ni main order aje-pitih sikit tidak dikirimkan bersama) masih boleh diterima sebab sahabat aku ini sendiri tadi sudah berkata, barang ni susah sikit. Takut jadi beban bila hendak melakukan ibadah. Contoh: asal lalu kedai je, asyik dok ingat pesan kawan ni tadi. Sampai terbawa-bawa ke dalam solat. Faham?

Tapi, rupanya kawan ni siap datang lagi untuk mengingatkan sahabat aku ni untuk membeli barangan yang dimintanya itu. Ayooo~ surprisingly, kawan sahabat aku ni mempunyai imej seorang yang warak! I was stunned when I saw it myself (cara kawannya beria-ia ingatkan pesana). Sangat-sangat dan sangat tidak disangka. Tapi, dari apa yang aku sendiri sudah lalui di tempat aku mencari sesuap nasi sekarang, aku tahu imej warak seseorang, walaupun orang itu mempunyai latarbelakang agama yang hebat (i.e. sekolah agama etc)-tidak semestinya orang itu bersih perbuatannya. Sometimes, they are even more worst. Ok, bab ini aku akan kongsi kemudian.

Aku sendiri sebagai sahabat yang rapat dengan sahabat aku yang dipilih menjadi tetamu Allah kali ini pun serba salah hendak berkirim doa. Takut, membebankan beliau. Akhirnya aku kirimkan doa di saat-saat akhir (tadi baru berfikir dan beri). Kadang-kadang aku terfikir, kenapa manusia meminta umpama tidak pernah pergi sekolah??

Apa pun, Siti Aishah Md. Nor, aku doakan kau dapat melakukan Haji Mabrur. InsyaAllah. Don't think too much about other things, just focus on your prayers.



Ps. Weird though, I was crying like I don't know how to describe it once my friend entered the check-it door. Guess, she is the only true friend I ever have. Missing you my friend. Rahsia aku dalam perjalan ke Tanah Suci dan rahsia kau kekal di Malaysia bersama-sama aku. InsyaAllah aku tolong jaga adik beradik kau di Malaysia ni, seperti yang dipesan oleh mak kau.

Oh, sahabat aku ini sms-beritahu, jemaah Haji dibawa ke airport dengan di-eskot oleh polis. Perghhh,... istimewa bukan jadi tetamu Allah ini.

1 comment:

KAKTINY said...

Ju.. betul sgt tuh.. kaktiny mmg tak setuju kalau ada org nk pegi Mekah kita kirim segala bagai.. jgnkan kirim barang.. hatta kirim doa pon kaktiny tak kan minta..

Kita ni yg tinggal yang patut sentiasa doakan org yg pergi tu dapat haji mabrur.. dpt buat ibadah sempurna, dpt redha Allah..

jgn bebankan dia dgn sikap selfish diri kita.. (kalau nak sgt, sendiri pergi.. ingat diaorg pegi melancong ke hape?.. kalau pegi melancong pon, takyah la kirim apa, biar dia pegi dgn selesa.. kalau dia teringat, dia belikan ler utk kita..)

itu yg kaktiny selalu pesan pada diri.. kalau org pegi umrah atau haji.. kita ni yg tinggal yang kena banyakkan iring dia dgn doa kita..

doa pd Allah ni, kat mana2 pon InsyaAllah dimakbulkan.. tak semestinya kena pegi tanah suci.. kalau diri tu baik dan niat tu tulus.. doa dalam solat tu dh cukup perfect.. tangisan dalam tahajjud tu dh cukup sempurna utk Allah makbulkan..

tapi.. kalau diri kita tak betul.. minta 'ulama' tolong doakan pon, tak tentu berhasil apa2..

(uish.. panjang pulak kaktiny leter di sini.. sorry dik.. hihihi).

but.. good for you to have a great friend like her..
doakan sahabat Ju semoga dia beroleh haji yang sempurna dan ibadahnya diterima Allah.. Ameen.