Tuesday, September 21, 2010

UPSR Hari Ini

Dengan bacaan Bismillah, aku mengharap depa boleh jawab dengan baik dan kalau cemerlang adalah lebih baik. InsyaAllah. Sebelum masuk dewan siap-siap baca doa. Tengok keliling, aku dok perhati gelagat ibubapa yang lebih bersemangat untuk anak-anak. Siap ada yang ambil cuti. Time aku dulu, semua pandai-pandai sendiri. Takde makna sesapa yang nak hantarkan apatah lagi siap amek cuti sebab aku nak periksa. Untung budak-budak sekarang atau mungkin, ini yang menyebabkan depa makin 'lemak'? ~cepok!~

Hari ini: BM1, BM2 & Maths 2
Esok: Maths 1
Lusa: Sains, English 1, English 2 & Aptitud Test


Geram-geram aku, harap-harap depa paham soalan English tu dan dengan bombasticnya membuat ayat esok-siapa dapat straight A's, akan datang menuntut sesuatu dari aku. Yeah, mungkin akan melarikan budget tapi aku tetap mengharap ramai yang akan datang berjumpa aku untuk menuntut janji. Amin!

Pembaca sekalian, sila doakan untuk anak-anak kita ini ya. Doa dari kalian mengiringi kejayaan anak-anak ini. insyaAllah :)



ps. ohh, pasni susah le nak nengok si mata cantik lepas ni~ huhu

4 comments:

Yunus Badawi said...

Saya doakan anak2 kita tu akan berjaya dgn cemerlang. Budak2 di bandar ni selalunya ok. Yang kesian yg di kampung2 tu.

ismadiyusuf said...

org yg berdoa pun nak juga dapat sesuatu dr cikgu ni

green apple said...

aku dulu ambik exam pun sendiri, ambik result pun sendiri.

sebab tu aku quit boarding skool sebab dari awal takde saper bg semangat. Hahaha

Othman Juliana said...

YB:

hmmm,... budak di kampung lebih independent-budak bandar terrrrr'lebih manja. cuma budak bandar lebih sket dapat menguasai English-environment di bandar yang lebih mendedahkan depa. ada pro & con.


ismadi:

orang yang berdoa dapat terima kasih sayang dari saya~ ecewah!



green apple:

di, sama-aku pun semua sendiri. salah satu sebab ngape aku dapat asrama penuh aku tak mau pi. haha~ lagipun kat rumah kan ada washing machine-kat sekolah asrama dulu2 mana ada. lalallalaaaa....