Friday, September 17, 2010

BEBURUNG

BERAS DAN NASI UNTUK BEBURUNG

Sejak 10 tahun lalu, orang tua, berpenyakit. Ayub Gombak menabur beras dan nasi setiap hari, atas jalan untuk para penduduk berjalan kaki, di taman Payu Besar. Beraut ekir burung-merpati, merbuk, gembala kerbau dan pipit datang mengerumun makanan murah bagi orang -orang kaya itu.

Ayob Gombak dapat memahami bunyi burung-burung merpati: "Allah, makmurkan manusia ini". Bunyi merbuk: "Ya, Allah kuniakanlah kemakmuran kepada orang tua yang memberi kami makan ini". Bunyi gembala kerbau, "tolonglah orang ini Ya Allah" dan semua pipit berzikir nama Allah dan mendoakan agar si Ayob Gombak hidup makmur dan bahagia.

Ayob Gombak bersyukur kepada Allah dan memuji beburung yang telah diberi makan nasi dan beras pada setiap hari itu. Sambil melurut batang kakinya yang masih sakit kerana patah, akibat dia terjatuh di bilik periginya, dia memohon kepada Allah agar dia diberi kemakmuran, kakinya akan sembuh dan anak perempuannya lepasan universiti, Hamimah, segera mendapat pekerjaan.

Tiga bulan kemudian, Ayob Gombak mendapat rezeki, tanah pusaka bapanya seluar dua hektar yang diambil oleh kerajaan untuk dibina projek sekolah, telah dibayar oleh kerajaan, kira-kira RM600,000 sehektar.

Anaknya, Hamimah telah mendapat pekerjaan dalam sebuah syarikat sebagai pegawai eksekutif pemasaran antarabangasa.

Ayob Gombak teringat akan ayat-ayat Quran dalam surah Al-Insyirah :
"Kami (Allah) masyhurkan nama anda (Muhmmad s.a.w.). Kerana itu, sesuangguhnya bersama kesulitan (datang) keringanan (kelapangan). Sesungguhnya bersama kesulitan (datang) keringanan (kelapangan)".

Oleh itu, apabila anda mempunyai tempoh (masa), bekerja keraslah.
Dan kepada Penguasa (Allah) anda, hadapkanlah pengharapan (tujuan).

2 comments:

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

amin...


berbuat baik lah kita kepada semua hamba allah dengan ikhlas..


alhamdulillah..


.

Othman Juliana said...

insyaAllah :)