Friday, September 24, 2010

HR: National Bike-To-Work Day/Week

National Bike-to-Work Week and National Bike-to-Work Day are both held during the month of May. These workplace events are designed to get drivers to try commuting by bicycle, for better health, money savings, and a cleaner environment. Unlike most countries, the vast majority of bikes sold in the U.S. (and in Malaysia, specially@urban area) are used for recreation rather than transportation.

Thursday, September 23, 2010

Kontot aje~

**English Paper 1 soalan tak susah sangat-lagi susah latihan yang depa selalu buat tapi sangat banyak careless mistakes. hmmmm, aku nak piat telinga depa sorang seratus kali, bleh tak?

Wednesday, September 22, 2010

112 x 2 = 224 books!!!

Picture info: Just quarter from the total amount to be check~
My workstation? Soon to be "Joe's Apartment", well obviously without the cockroach! Oho!!

Tuesday, September 21, 2010

UPSR Hari Ini

Dengan bacaan Bismillah, aku mengharap depa boleh jawab dengan baik dan kalau cemerlang adalah lebih baik. InsyaAllah. Sebelum masuk dewan siap-siap baca doa. Tengok keliling, aku dok perhati gelagat ibubapa yang lebih bersemangat untuk anak-anak. Siap ada yang ambil cuti. Time aku dulu, semua pandai-pandai sendiri. Takde makna sesapa yang nak hantarkan apatah lagi siap amek cuti sebab aku nak periksa. Untung budak-budak sekarang atau mungkin, ini yang menyebabkan depa makin 'lemak'? ~cepok!~

Hari ini: BM1, BM2 & Maths 2
Esok: Maths 1
Lusa: Sains, English 1, English 2 & Aptitud Test


Geram-geram aku, harap-harap depa paham soalan English tu dan dengan bombasticnya membuat ayat esok-siapa dapat straight A's, akan datang menuntut sesuatu dari aku. Yeah, mungkin akan melarikan budget tapi aku tetap mengharap ramai yang akan datang berjumpa aku untuk menuntut janji. Amin!

Pembaca sekalian, sila doakan untuk anak-anak kita ini ya. Doa dari kalian mengiringi kejayaan anak-anak ini. insyaAllah :)



ps. ohh, pasni susah le nak nengok si mata cantik lepas ni~ huhu

Monday, September 20, 2010

Harvard? Starbucks? Was,....

Its feel good to see 'them' again today :)
Oh, jamuan raya Sabtu nih. Wiepeeee!!!

Saturday, September 18, 2010

Al-Fatihah: Blogger TTT (TohTuanTanah-Allahyarhamah Nadia)


Kelu. Itu perkataan yang boleh gambarkan perasaan aku sekarang.

Kamu mungkin rasa pelik sebab aku sendiri tidak pernah bertemu empat mata dengan blogger ini (ok, dengan blogger-blogger lain pun tidak pernah jumpa-hehe). Tapi arwah lah blogger pertama yang berjaya memecahkan ruyung dalam blog aku yang skema ini. Arwah adalah blogger pertama yang berjaya membuat aku join contest yang ada dalam dunia blogging. Dan sehingga hari ini, itulah satu-satunya contest yang aku pernah join di dunia blog ini. Walaupun tidak menang, tapi I had a great fun in making the contest project :) Thanks to arwah.

I'm not so sure what really happen to arwah, but from one blogger-difahamkan arwah meninggal di Jepun (not sure if arwah further study di sana atau ikut keluarga) pada 17 September 2010. Punca arwah meninggal adalah kanser serviks. Blog arwah juga telah dihentikan serta merta.

Banner arwah masih ada di tepi sidebar blog ini, and arwah masih lagi salah sorang follower. Sedih. Tapi janji Allah SWT sudah tiba untuk arwah.

Nothing much I could say, just Al-Fatihah to Allahyarhamah Nadia. Takziah buat keluarga arwah and may all of you (arwah Nadia's family) are strong in facing the lost. InsyaAllah.

Friday, September 17, 2010

BEBURUNG

BERAS DAN NASI UNTUK BEBURUNG

Sejak 10 tahun lalu, orang tua, berpenyakit. Ayub Gombak menabur beras dan nasi setiap hari, atas jalan untuk para penduduk berjalan kaki, di taman Payu Besar. Beraut ekir burung-merpati, merbuk, gembala kerbau dan pipit datang mengerumun makanan murah bagi orang -orang kaya itu.

Ayob Gombak dapat memahami bunyi burung-burung merpati: "Allah, makmurkan manusia ini". Bunyi merbuk: "Ya, Allah kuniakanlah kemakmuran kepada orang tua yang memberi kami makan ini". Bunyi gembala kerbau, "tolonglah orang ini Ya Allah" dan semua pipit berzikir nama Allah dan mendoakan agar si Ayob Gombak hidup makmur dan bahagia.

Ayob Gombak bersyukur kepada Allah dan memuji beburung yang telah diberi makan nasi dan beras pada setiap hari itu. Sambil melurut batang kakinya yang masih sakit kerana patah, akibat dia terjatuh di bilik periginya, dia memohon kepada Allah agar dia diberi kemakmuran, kakinya akan sembuh dan anak perempuannya lepasan universiti, Hamimah, segera mendapat pekerjaan.

Tiga bulan kemudian, Ayob Gombak mendapat rezeki, tanah pusaka bapanya seluar dua hektar yang diambil oleh kerajaan untuk dibina projek sekolah, telah dibayar oleh kerajaan, kira-kira RM600,000 sehektar.

Anaknya, Hamimah telah mendapat pekerjaan dalam sebuah syarikat sebagai pegawai eksekutif pemasaran antarabangasa.

Ayob Gombak teringat akan ayat-ayat Quran dalam surah Al-Insyirah :
"Kami (Allah) masyhurkan nama anda (Muhmmad s.a.w.). Kerana itu, sesuangguhnya bersama kesulitan (datang) keringanan (kelapangan). Sesungguhnya bersama kesulitan (datang) keringanan (kelapangan)".

Oleh itu, apabila anda mempunyai tempoh (masa), bekerja keraslah.
Dan kepada Penguasa (Allah) anda, hadapkanlah pengharapan (tujuan).

Wednesday, September 15, 2010

Raya Ke-6 @ Taman Burung

"Burung apa? Burung Murai,.. Burung apa? Burung Murai,..
Burung apa? Eh, eh,.. silap, burung kakak tua la,.."

Yeah, beraya bersama burung. Saja konon ubah angin (padahal jadi drebar paksaan)-nak pengsan berpusing satu park.. ok, nak rehat dulu.
Info gambar: tangan luka disebabkan ingin membuat aksi di dalam gambar, kuku depa ni mencengkam!

HR: SHRM

The Society for Human Resources Management (SHRM) Annual Conference and Exposition is the world's largest conference devoted to human resources. The annual conference features almost two-hundred session topics, over one-thousand exhibit booths, and hosts over twelve-thousand HR professionals from around the world.

Sunday, September 12, 2010

Sistem Pesanan Ringkas Hari Raya

Sms diterima berbunyi begini: "slmt hari raya n i wan 2 come u hse n wan moni raya."
Nombor tiada dalam simpanan, tidak familiar pulak tu.
Aku pun reply: "Sorry, I don't have your number. Siapa ini ya?"
Balasan sms: "***** la Mlmh. U say can x use apostrophe-y u use?"

Haha~ terkena aku. Satu hal nak kena explain dan aku pun call terus pengirim sms-explain. Gerangan pengirim sms? Salah seorang anak dari 112 anak-anak yang aku ada (^.^) Oh, perasan bahasa pengirim? Macam nak kena bagi anak aku sorang ni 'special edition dictionary' je. Aih!

Thursday, September 9, 2010

Eid Mubarak

Happy Eid Mubarak, Syawal 1431H

Tuesday, September 7, 2010

Sesi Kad Raya: Nak?

Ok, kad raya dah siap.
Pada sesiapa yang hendak saya emailkan kad raya tu, sila bagi email add (email yang dah ada dalam list email saya, akan di-email. insyaAllah). Pada sesiapa yang boleh jumpa empat mata, akan menerima kad raya handmade sebesar name card. Oh, saya buat sendiri. Ada yang dah dapat, terutama yang bagi kad raya dan tak lupa pada yang request sewaktu melihat saya dok busy melukis kat kad tu. Maaf, first badge kad raya tu sempat dilaminate, badge selepas itu tak sempat dah sebab kalut yang teramat.

Boleh tinggalkan email kat bahagian komen atau email je email add tu.
Salam Aidilfitri!!

SALAM DAN BERAKAT RAMADHAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
AMPUN DAN MAAF MINTA DIBERI,
TANGAN BERJABAT BERJAUHAN DIRI,
FIKIR DAN HATI SERING MENCARI.

Monday, September 6, 2010

Goodie From Africa :)

6th September 2010: Received a package by poslaju.
Yeah, it's from Nur-my blogger pal :)

A gift from Africa (ada bunyi biji-biji dalam tu)
So unique and I love it so much! Thank you love!


Footnote:
Nur emailed me last week, asking for my mailing add.
She told me I was one of the winners - "teka lagu main-main" (one of her posts).
At first I thought the email was just a spam. haha.
Somehow, I remembered~ DING!

Nur, please do more of this contest & choose me as one of the winners,.. again! :D