Sunday, June 20, 2010

Papa Nona~

27 tahun dulu, Papa selalu bawa Nona jalan-jalan.
Nona anak Papa yang paling hitam dan Papa tak kisah pun.
*oh, skang dah jadi anak Papa yang gemok~ ohhhh..

23 tahun dulu, Papa selalu hukum Nona bila Nona buat salah.
Nona anak Papa yang keras kepala dan Papa tak bagi muka. Huhu.

20 tahun dulu, Papa sangat garang. Silap sikit, sure kena grounded.
Nona anak Papa sentiasa cuak dengan Papa. Ex-RMC semua macam ni ke?
*takpe, Nona ada Mama untuk jadi perantara~ hehe

18 tahun dulu, Papa berubah. Papa dah tak garang macam dulu...
Nona anak Papa tahu, Papa berlembut sebab Mama dah takde,...
*Papa pun banyak ajar Nona masak macam-macam, best!

14 tahun dulu, Papa marah sebab Nona selalu give-up.
"You need to be strong Nona!" Nona anak Papa berubah:
Menjadi sangat independent dan tidak mengharap pada sesiapa!
*Papa pun kuat sebab bila business jatuh waktu recession, Papa tetap kuat! Benci recession!

9 tahun dulu, Papa panggil adik beradik. Papa nak kahwin!
Nona anak Papa tahu, Papa pun manusia biasa. Nona ok je.

5 tahun dulu, Papa sangat supportive dengan keputusan BESAR Nona.
Nona anak Papa sangat sayu, tak sangka rupanya Papa selama ni memahami,.. isk, isk,..
*Nona sendiri tak confident dengan keputusan Nona waktu tu,..

1 tahun dulu, Papa macam tak kisah dengan Nona sebab anak Papa yang 'hilang' dulu tu dah balik. Nona anak Papa tahu, Nona tak hebat macam anak-anak Papa yang lain.

Beberapa tahun dulu, Papa masuk IJN. Emergency, kena operate secepat mungkin. Nona kat UUM, tak dapat balik.
Rasanya itulah kali ke-2 Nona menangis teruk. Mata lebam macam kena tumbuk~ malu je kan?
*Kali pertama, masa Mama 'pergi',..

"Papa,
Nona tahu Papa sayang anak-anak Papa. Cuma ada masa, Nona rasa jauh sebab mungkin Nona tak dapat buat Papa bangga dengan Nona. Tapi, Nona sangat berterima kasih pada Papa sebab Papa tidak pernah condemn Nona dengan kegagalan Nona hadapi sekarang. Maafkan Nona Pa sebab tak mampu jadi anak yang terbaik untuk Papa. Nona sangat bangga dengan Papa dan sangat berterima kasih dengan pengorbanan dan kekuatan Papa handle anak Papa yang degil dan outspoken ni. (Hehe). Alhamduilllah, alhamdulillah. Selamat Hari Bapa Pa, Nona sayang Papa tau!"

~ The reason for me not to giving up is you. When the world says, "Give up la Nona"; you whispers, "Try it one more time and you will be stronger Nona". Pa, you are the greatest dad, walaupun Papa kadang-kadang 'kerek' dengan Nona. oho!

Pic Info: Nona & Papa last month.
Jangan tanya kenapa Nona senyum macam tu~ memang sangat huduh! Huhu.


Ps. Pa, biar Nona mati dulu sebelum Papa ya? Nona tak sanggup kehilangan Papa. Janji ok? Crossing my fingers now with doa :) **errr... bila Papa nak carikan Nona hubby ni? kahkahakakahahaha~ ok, yang last ni dah lari tajuk ;p

15 comments:

blackcardomompods said...

eh cik nona...jgn bersedih tau..anyway,nanti bila u dh ada anak nanti u know,semua ibubapa sayangkan anaknya cuma tak terluah atau mungkin tersembunyi walau adakalanya u nmpk dia lebih sayang org itu dr u.tetapi hakikatnya sukarnya menjadi ibubapa ni.anak2 masing2 berebut kasih sayang walaupun di jiwa sayangkan sama rata je.

sayangila ayah walaupun ayah nmpk berat sebelah,kasihanila ayah yang berbelah bagi utk mencurahkan kasih sayang walau hakikatnya dia rasa dia sudah berlaku adil.

cHeRyNa PiReS said...

20 tahun dulu, Papa sangat garang. Silap sikit, sure kena grounded.
Nona anak Papa sentiasa cuak dengan Papa. Ex-RMC semua macam ni ke?

Yup...my ex, Mr. Sepet adalah ex RMC dan dia sangat garang:P

Tp tak taulah...maybe sha je rasa macam tu?

Othman Juliana said...

BCP:
no worries, the reason for me not to 'leave' is him. I know, it's damn hard to be a great parent. Well, in my dad's case-being both: parents.

Cuma 'kegagalan' Jue buat Jue tak layak dihargai sebagai anak. Hmmm, anak kena menggembirakan ibubapa bukan? And for me, i have not. Adik-beradik yang lain semua hebat2. Rasa sangat rendah diri. erghhh,... but, i know-no matter what-he love us equally :)

Othman Juliana said...

Sha:

Haha~ i guess they are!
Well, my dad is a perfectionist (orang akaun kan gini-don't you sha? hehe). and my dad was very protocol! nasib skang udah kureng sikit. ngeh3x.

*ingat dulu, nak makan kek guna sudu-terus kena marah! yele, protokol betul kena makan dengan garpu kan (sorry can't remember the right name for the fork). And guess what, itu makan sama2 family je. haha~ papa, papa,... ;p

FakirFikir said...

mmmmph...

Kak Tie said...

Salam Jue,

Setiap orang ada kisah dalam kehidupannya. Biasanya pengalaman itulah yang membawa kejayaan dalam dirinya.

Apa yang Jue ada sekarang mungkin buat orang cemburu (Kak Tie laa...). Macam kak tie ni, dari dulu sampai sekarang asyik bergantung pada orang. Mujurlah anak2 semuanya kak tie didik supaya lebih berkeyakinan dan boleh berdikari. Bayangkan, lesen driving tak ada, nak berbasikal pun tak boleh. Esok2 dah tua nanti bila suami tak ada, entahlah siapa pulak nak sara kak tie, ekk.... Tu pun kalau umur panjang.

So, Jue.. Kak tie rasa, kerana didikan Papa Jue tu laa, Jue jadi seorang yang berjaya, kini.

Kamal Sanusi said...

Ex-RMC??? Oooo, anak pegawai tentera la ni... Patut ler cuak ngan Papa. Ex-RMC bukannya garang tetapi perkataan yang lebih sesuai adalah BERDISIPLIN.

Othman Juliana said...

fakirfikir:

a'ah.


kak tie:
memang pengalaman & cabaran yang Jue hadapi buat Jue jadi agak keras dengan kehidupan & diri Jue sendiri. Mungkin juga sebab bila arwah mak takde since umur 13 tahun-hendak atau tak, kena juga untuk jadi independent. Sometimes, it's hard. So damn hard.

Mungkin juga sbb Jue 'terlampau' independent buat Jue susah nak cari calon tak? haha~

oh, kak tie-jue belum berjaya lagi. masih mencarik dalam lumpur. skang ni, menguatkan diri je berhadapan dengan kegagalan bertimpa2. macam kena sumpahan pulak~ aihhhhh

Othman Juliana said...

kamal:

ex-RMC. tapi, bukan pegawai tentera. Papa belajar je di RMC. he was a chartered accountant. hmmm,... garang, displin-semua dalam satu pakej. oh, tertinggal = protokol. hehe~

uik, are you ex-RMC too? ngueh3x, jangan kawan papa sudah! haha~

DrSinga said...

touching nya....
ayah akak sangat tidak sihat (mungkin di penghujung usia...)...dan amat sedih nya baca entry Ju...

Kamal Sanusi said...

Yup, I was ex-RMC but your papa was my super, super, super senior.

Othman Juliana said...

doc:

haha~ cam jiwang kan ;p

kamal:
super duper senior. what do you call yourself,.. old putera kan. remember the first triples in Malaysia? hah, ayah depa classmate ayah. ngueh3x.

en_me said...

sweetnyerr..

Othman Juliana said...

en Me:

Hehe~ tq :D

reen said...

Nona,

Glad to hear the news about "anak papa yg hilang" dah kembali. Hope she is ok now, "anak papa yg hilang"'dah berdua ke? Send my regard to k.yu.