Thursday, June 10, 2010

Nona & Kontest porttuantanah~

Mimpi?
Tidak, bukan mimpi. Ini betul-betul :)

Betul, ini adalah kali pertama aku join kontest sejak berblogging. Semua mungkin faham sebab blog aku ini lebih kepada perkongsian maklumat mengenai HR. Jadi, kebanyakkan entry adalah skema seperti yang dikomen dan di-email oleh tetamu blog ini. Jadi, umpama memecahkan ruyung-silalah terima penyertaan aku di kontest yang dianjurkan oleh blogger porttuantanah. Kontest ini telah bermula sejak 10 Mei hingga 10 Jun 2010 (oh, hari ini ya). Kebetulan baru tahu sewaktu blogwalking. Entah angin mana, terbuka pula hati untuk join. Selepas bertungkus lumus (errr... berlumus dengan model sebenarnya), akhirnya baru dapat submit gambar yang diusahakan pada detik-detik terakhir.

pic info: menggunakan mainan anak buah bagi menghasilkan huruf-huruf yang diperlukan. Kreatif dalam menggunakan apa yang ada sahaja (baca: pembaris huruf hilang sebenarnya).

Setiap watak tidak dapat dilakonkan sendiri oleh tuan blog ini (baca: aku) kerana perlu menjadi camerawoman. Nak guna laptop? Oh, gambar akan jadi terbalik & kurang seperti yang dikehendaki. Disebabkan model 'Spiderman' yang biasa digunakan di dalam blog ini sudah balik kampung sempena cuti sekolah-perlantikkan khas telah dilakukan ke atas model yang juga sebaya dengan model 'Spiderman'. Agak bermasalah sebab tangan model baru ni sukar dikawal-asyik dok beraksi suka hati mak enon aje. Tapi ianya tetap membuahkan hasil dan tidak mustahil akan membuahkan blackberry sebagai hadiah (huh, impian!).

Oh, masih ada yang tak faham. Maklumat lanjut mengenai kontest ini, sila ke sini. Lepas tu baru la kamu akan sangat faham dengan penjelasan di atas. Perghhhh,.. ayat tetap skema. Hadiah? Tiga blackberry dipertaruhkan-kencang juga si Abe dan TTT ni. Mantap dua beradik nih! Yo!

Dengan berbesar hati: inilah gambar yang berjaya dihasilkan dan dengan harapan besar agar aku menang. Haha. Oh ya, kamu juga boleh join tapi kena cepat sebab hari ini adalah hari terakhir-tepat jam 23:59hrs.

*klik gambar untuk tumbesaran

Pic Info:


Gambar #1: Watak Abe yang perlu pakai topeng/blur di muka.
Dengan keLEBIHan tangan rimau yang ada, ianya telah digunakan sebagai peng'cover muka. Yeah, siap ada telinga rimau yea.

Gambar #2: Watak TTT yang perlu di-censored-kan mata.
Dengan spek mata itam kepunyaan sendiri, model telah berjaya membangkitkan mood 'kesensoran' bahagian mata itu tadi. Yup, seksi bukan? Sama macam TTT juga (chewah!).

Gambar #3: Watak Nonahanim~ tuan blog (peserta kontest)
Sangat suka katak (model memakai sepit katak di rambut), serta turut mendengar iPod. Yes, so Nona yang 27hours guna iPod (di luar waktu kerja). Mata nak kasi impak lebih, kasi besau sikit. Cuma model agak payah nak kasi pakai tudung. *Model seksi ya. Harap maklum.*


Checklist:
  1. Buat entry khas
  2. 3 gambar (Abe + TTT + Nona)
  3. Banner di sidebar
  4. Backlink
  5. Jadi follower
  6. Inform TTT with link entry ni
Pssstttt,... tanpa mimpi & impian, kita bukanlah manusia hebat!

4 comments:

TTT said...

hye sis :)

comelnye nona..hehe
kimslm die ek..sporting sgt2

TTT dah letak kat blog
nanti sis tgk2 yea

tq sebab join kontest ni

take care n gdluck :)

Othman Juliana said...

hi TTT ;)

eh, nona & othman juliana tu adalah orang yang sama. hehe. model tu namanya Dania Aisyah. cute kan? tapi klu mulut dia start menjerit, rasa nak sengkeh aje! haha.

its my pleasure TTT to enjoy & be creative with Dania-we had fun doing this project! thanks to you too dear.

cheers!

Yunus Badawi said...

laaa dah tutup. Tapi kalau belum tutuppun saya rasa susah nak kalahkan n3 awak yg kreatif tu. Model sambilan awak pun boleh tahan jugak hehehe

Othman Juliana said...

YB: ramai lagi yang masuk sgt kreatif-cuma saya ni klu bab mende2 macam ni mmg kesukaan sy (sila rujuk kerja saya buat miniatures tu~ hehe). oh ya, klu saya menang-senang kite nk BBM YB! haha~ *jadi, apalagi-sila doakan ok ;p

model sambilan sangat terover becok! errr... mcm sy kot~ hahaha