Tuesday, June 15, 2010

Mari Membesarkan Mata Secara Percuma~

Hari ini aku terima sampul dari Ciba Vision. Apa itu Ciba Vision? Ok, sila baca sampai habis untuk berkongsi manfaat ini bersama. Ini mengenai 1-day trial lenses promotion. Mula-mula aku tahu pasal 1-day trial lenses promotion ni adalah dari blog Si Diana (aku masih dalam proses nak khatamkan entry dia-semangat untuk hidup solo terus padam sama sekali selepas mengikuti blog dia). "Haha, kau pahamkan maksud aku Di?". Ok, terkeluar topik.

Apa pun, hari yang sama aku selesai mengisi borang online bagi mendapatkan trial lenses di: http://www.freshlookilluminate.com/#/register, aku terbaca pulak entry Lady Noe pasal kejayaan (kejayaan ke? ok, aku tak tau nak define macam mana) mendapat trial lenses ini. Kiranya, bukan kes tipu la kan. Macam kes gores dan menang, konon kamu menang tapi tetap kena bayar bagai. Cuma, aku tidak mengharap sebab aku dah kejung mengharap pada apa-apa dalam hidup aku. Oh, agak emosi.

Jadi, aku akan menggunakan trial ini dalam minggu depan untuk keluar 'dating 'dengan orang dari Terengganu :) -oh, hari mendung bagai menyinarkan cahayanya. Ditambah pula dengan mata yang besau dan pastinya mempunyai power untuk melihat cahaya itu. Jadi, apa kata kamu juga cuba. Boleh kita bermata besau bersama-sama walaupun kamu tidak rabun seperti aku. Yeah!

Nota Kaki: Jangan salah faham, dating dengan gadis ya, bukan jejaka! :)


8 comments:

Yunus Badawi said...

wah dah ada pakwe baru dari Ganu ek? Selamat berdating hehehe

Othman Juliana said...

pakwe? hmmm,... klu pompuan boleh dipanggil pakwe juga ke? hehe~ perkataan dating tu digunakan pakai untuk mana-mana pertemuan tidak rasmi sekarang. ecece. *kesian kan orang solo gini, asyik exaggerate je~ hahaha

DrSinga said...

mata hijau .. dan besar...
macam kucing..
comelllll!!!!
dan dengan ucapan...selamat berdating!!!
:)

blackcardomompods said...

eh bukan ritu jue ckp jue alah lens?

Othman Juliana said...

doc:

haha~ dating dgn awek ni doc. ayoyo~ ramai email/sms ckp 'gud luck!" haha~

BCP:
eh, bkn alah kot (ada ke Jue ckp alah ek?)-tapi skang ni agak malas nak pakai, slalu pakai spek je. Jue dulu, semua kaler ada-siap matchingkan lense dgn baju! baju ijau, lens ijau!! haha~

sue.anne.na said...

jue: lense ni soft lenses ke? penah baca kat isec itu hari. dia bukan disposable. boleh pakai more than 30 days per lenses. adakah ini?

bila tanya pharmacist, dia kata tak leh beli gitu aje... kena prescribed by the optometrist.

susudalambotol said...

best tak dah pakai menda alah tuh?

Othman Juliana said...

sue.anna.an:

oh, yang 30 hari tu lain (jue penah guna brand freshkon). yang dapat ni daily-lepas pakai, buang. sebaiknya, pi check dulu mata dengan doktor mata bleh tak pakai lense. takut nnti kalau kita alergik atau tak sesuai pakai lense (tak semua mata boleh pakai lense tau)-bleh buta. tapi bila pakai yang bukan daily lenses ni, you need be VERY hygienic.


Hidd:

hmm,... rasa = biasa. macam lense lain. tapi, best gak sbb lepas pakai boleh terus buang. Tak yah dok leceh bersihkan.