Monday, June 14, 2010

Berita UUM: NC Baru

KUALA LUMPUR 14 Jun - Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak dilantik sebagai Naib Canselor baru Universiti Utara Malaysia (UUM) menggantikan Tan Sri Dr. Nordin Kadri yang akan bersara setelah berkhidmat selama lima tahun.

Dr. Mohamed Mustafa, 50, telah berkhidmat dengan UUM selama 25 tahun, sebelum ini menjawat jawatan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Pelantikan beliau untuk tempoh tiga tahun mulai 16 Jun ini hingga 15 Jun 2013 diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Mohamed Mustafa berkelulusan Ph.D (Sosiologi Politik) dari University of Leeds dan MA (Politik) dari University of York, England.

Beliau merupakan staf akademik awal UUM yang memulakan kerjaya akademik dari peringkat bawah sebagai seorang tutor dan kemudiannya sebagai pensyarah sehinggalah dilantik sebagai profesor dalam bidang politik dan pengajian antarabangsa.

Beliau turut dikenali kerana sering menulis dan memberikan pelbagai komentar dan analisis politik nasional dan antarabangsa kerana kepakaran beliau sebagai seorang profesor dalam bidang sains politik dan hal ehwal antarabangsa.

Dr. Mohamed Mustafa turut memegang jawatan sebagai ketua kluster politik, keselamatan dan hal ehwal antarabangsa Majlis Profesor Negara di peringkat nasional dan Presiden Persatuan Pengajian Antarabangsa. — Bernama

Sumber: Utusan Online

**Adakah ini bermakna sistem kolej(fakulti) di UUM akan berubah sekali lagi?

2 comments:

hans said...

mungkin lah
selalu orang baru
cara pun baru

Othman Juliana said...

biasala, setiap pemimpin akan meninggalkan satu 'tanda' pentadbiran mereka. dan ada masa, sangat menyusahkan pelajar, pensyarah & management! perkara yang lebih penting untuk di'highlight'kan, tidak pula di ambil tahu! grrr....

ketua ni sangat penting dalam memastikan kejayaan satu-satu organisasi itu. sayang kalau "tersilap" percaturan memilih ketua. alahaiiiiii~