Monday, June 14, 2010

BERITA HR: Gaji Baru Ditangguh

PUTRAJAYA 13 Jun – Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum baru untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan pada 1 Julai ini, bagi memberi lebih masa kepada pihak industri untuk mengemas kini operasi mereka.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum tersebut di bawah Perintah Peraturan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Swasta bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, adalah susulan daripada permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) kepada pihak kerajaan.

Setelah pengumuman dibuat bagi melaksanakan gaji minimum baru pada 1 Julai 2010, Kementerian Sumber Manusia menerima maklum balas daripada PPKKM yang memaklumkan bahawa perintah (peraturan Gaji Minimum) tersebut akan memberi implikasi kepada perniagaan mereka terutama berkenaan kontrak sedia ada.

PPKKM juga memohon supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan perintah itu untuk membolehkan mereka mengambil tindakan mengemas kini operasi mereka sewajarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, setelah mempertimbangkan rayuan PPKKM, Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum bagi pengawal keselamatan.

Pada 22 April lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus kepada pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini.

Sumber: Utusan Online

2 comments:

cHeRyNa PiReS said...

you standardise the qualification first before you give them a raise. kalau tidak nanti ada yang tembak kaki anak org laa...rogol org la...right?

Othman Juliana said...

well said sha!

kadang-kadang depa ni dok buat tak pikir dari semua segi. and do you know (which i have just been informed), anyone and i mean anyone can be a security guard. Tak tau la kalau maklumat ni salah tapi,.. macam threatening aje kan? Or, i'm just being phobia?