Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Tidak mahu ulas apa-apa cuma satu: dalam apa pun keadaan, pihak yang bertanggungjawab mewakili Malaysia adalah sangat tidak patut hilang kawalan diri. Tindakan ini akan mencerminkan identiti pihak tersebut. Ianya bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi melibatkan keseluruhan organisasinya. Dalam konteks ini, pasukan Malaysia & negara Malaysia itu sendiri. Mereka yang berkenaan, sila jaga sumber manusia anda itu!

Oh ya, Apis memang tadi. Yeahoo!!

Info gambar: Gambar Keretapi Thomas anak buah saya ;p

9 comments:

cHeRyNa PiReS said...

haiii....ntahlah. yang pasti me rasa puas ati sebab semua org tunjuk komitmen. if komitmen pon tak tunjuk tp poyo je lebih, baik tak payah:)

aman said...

malaysia ke separuh akhir. yayy~~

Othman Juliana said...

Secara keseluruhan, majoriti semua pihak bagi kerjasama. Tapi tu la, kerana nila setitik-rosak susu sebelanga. Inilah antara sebab kadang2 satu organisasi tu boleh 'rosak' nama hanya kerana satu individu SAHAJA. Sick right, but that's the fact.

tp sha, mmg yg 'satu' klu tgk-poyo habis, mcm control macho je time main! oh!

Yunus Badawi said...

Wah korang berdua pun minat badminton jugak. Jom kita lawan hehehe

SaiF HaQieM said...

bukan nak condemn mana2 pihak...1 je yg sy nmpk atlet malaysia ni...semngat juang yg tx bape nk tggi...huhuhuhu..menang sekali terus hancur...cth terbaik la hafis hashim...menang all england tp lepas tu apa jd..?? tak pernah menang apa2 kejohanan pn...smlm dia menang kira rzeki dia la...tp ada jugak ada atlet malaysia yg patut diberi pujian spt nicol (my idol k), lee chong wei, azizulhasni..memang wira/wirawati sejati malaysia...tabik spring..!!! toing!toing!...terbaeeekkkk wokkk..!!!hehehe

DrSinga said...

Apis kool...

KAKTINY said...

salam..

esok kaktiny taknak duduk umah... nak pegi spa layan pedicure and foot spa.. duduk umah takot sakit jantung.. kehkehkeh... (m'sia lwn china.. ngeri oo.. ngeriiiii!!!!)...

hihihi...

Tie said...

Ooo... kak tie tengok kejap-kejap je. Hubby yang minat. Kak tie minat rancangan makan-makan dan masak-masak, hehe....

Othman Juliana said...

YB: dah lama x main badminton. tp no hal nak lawan. saya & sha satu team lwn YB sorang. Ada brani? haha~

Saif: matlamat depan nak menang je sbb tu susah nak menang! **baca komen jurulatih depa sendiri.

DrSinga: cool je doc- heh, heh..

kak Tiny: so, ari tu dok rumah ke, dok kedai kopi? hehe

Kak Tie: saya all rounders~ semua bleh!