Monday, May 17, 2010

Ooooo,... Perempuan TUA tu?

Minggu lepas, sibuk tengok slot Adamaya dengan sepupu. Sepupu ni duduk rumah sewa dan tiada tv. Tengok Adamaya pun lepas download, kiranya tidak mengikuti sangat. Cerita yang dikongsi ini adalah bila watak kawan baik Adam keluar dengan kawan baik Maya (tak silapnya gitu la). Ada satu dialog keluar cakap kawan baik Adam ni duda dan inilah yang menghasilkan satu dialog sepupu aku yang buat aku terfikir-fikir sampai sekarang.

"Oooooo, yang kawin dengan perempuan tua tu?"

Aku tidak pasti samada aku terasa atau tidak sebab aku bukan ada kekasih ke, buah hati yang lebih muda dari aku. Eh, aku memang tiada buah hati pun. Tapi kenapa aku dok fikir, "agaknya kalau jodoh aku dengan orang yang lebih muda dari aku-sure orang mengata camtu juga,..". Well, age does matter! Kesian perempuan yang sudah over 30 dan tidak kahwin lagi sebab orang selalu pandang sinis. Dan, aku menjadi semakin cerewet sekarang. Faktor umur dan masih bujang mungkin? Oho!

**Jadi, sekiranya 'awak' membaca blog ini-'awak' tahu kenapa saya beri jawapan itu.
Ps. Doakan aku lepas untuk 'ujian' esok-amin, amin, amin. Aku sangat susah hati ni-study pun tak habis-habis lagi!!

7 comments:

cHeRyNa PiReS said...

yup...sha pon ada terfikir macam tuh. ish...kalau sha kapel dengan budak lebih muda, mesti ada org cakap macam tuh. tp jodoh kan?

still prefer yang lebih tua cuz i'm so childish!

ismadiyusuf said...

oooo, tak ada istilah tua atau muda, bila dah terjatuh cinta, jatuhlah...kat syurga tak kan tua sentiasa muda belia...betul ke ni, nanti x kenak lulus oleh penapisan blog negeri lagi ni...

Yunus Badawi said...

Saya doakan awak berjaya dlm interview esok (opps hari ini sbb dah lepas pukul 12 tghmalam ni).

Lelaki yg dah lebih 30 yg belum kahwin pun dah ramai.

DrSinga said...

saya pun doa macam YB jugak...
aminnnnnnnnnnn....

Othman Juliana said...

sha: me too! prefer yang lebih tua & garang sket sbb i degil! haha~ had someone wit 20yrs gap. well,..

ismadi: yeah, cinta tak kenal usia-cuma mulut org je yang dok ngata :D **oh, ada byk komen yang hilang-sori klu terhilangkn komen awk. tak tau ngape & mana silapnya. skang byk blur dari terang..

YB: lelaki yang lebih 30 taun lebih suka cari perempuan yang kurang dari 30 taun! ngueh3x

DrSinga: well, did bad doc~ isk!

tun begia said...

perempuan yang sudah over 30 dan tidak kahwin lagi patut kawen dgn lelaki yang sudah over 40, tapi aznil pun cari pompuan 18 tahun keatas, aper barang kanns,

salamm,

Othman Juliana said...

lelaki over 40 TB?
biasanya depa umur tu semua dah kahwin. Aku dah rasa dah~ ops! bocor rahsia!! haha~