Friday, May 7, 2010

Aku: Ditapak Kaki Dato' ITU

Kadang-kala, sesabar manapun kita-tidak mustahil sebagai makhluk yang serba serbi tidak sempurna akan hilang tahap kesabaran itu. Apatah lagi jika diperbodoh-bodohkan oleh seseorang yang sangat dipercayai, dihormati dan disayangi. Mungkin kerana beliau lebih tua (ok, sangat tua) dan berpangkat pula, pandangan hina telah dilontarkan tanpa mahu mengakui sedikit pun kesilapan sendiri. Kita tidak sempurna, tapi tidak bermakna asal berlaku kesilapan-hanya satu pihak sahaja yang dipersalahkan. Aku tidak adil? Aku sebenarnya sudah selalu asyik beralah dan beralah dan beralah. Dan hari ini, aku tetap beralah. Hanya kerana 'pasar' dan 'kacamata', letak duduk aku telah diletakkan di tapak kaki beliau. Terima kasih.

Ps. pangkat Dato' tu hebat sangatkah?

9 comments:

ismadiyusuf said...

cik nona, sabarlah, mungkin ada kesilapan kita yang lalu tu, dan Allah nak kiffarahkan dengan cara mcm ni, syukur Alhamdulillah Allah uji cik nona dengan ujian perasaan sahaja, nun, byk lagi hamba-hamba yg lain lebih berat lagi ujiannya...sebenarnya Allah nak tinggikan lagi diri cik nona disisi Allah, Insya Allah..

tunbegia said...

hebat sangatlah kanns,

salamm,

Othman Juliana said...

ismadiyusuf:
insyaAllah-tapi dalam kes ini sebenarnya lebih kepada periuk nasi saya. cuma cara saya interpret kan tu je lain sket dlm post ni~ oh, nasib freelancer yang tak establish lagi,..

AiZ said...

dato tak best... lebih baik jadi lebih baik dari dato ^___^



let see ape u nak komen entry i plak ^___^
Apa nak buat jika u all berada di dalam rumah terbakar?

Sharinginfoz said...

takkan nak selalu beralah kan dengan org.... yalah even kita betul takkan nak ikut aja, kan kena pijak pulak....

Jangan Lupa Segmen Kenali Blogger

cHeRyNa PiReS said...

someone told me yesterday, "babe...pompuan nieh tak lawa pon but she still anak dato'. mesti akan ramai terpikat..."

haaiii....pangkat mmg boleh beli segalanya:)

SaiF HaQieM said...

dato'-lupa darah dia warna merah..cuba hentak sekali dgn kasut terompah confirm darah yg mengalir warnanyer merah bukan kuning emas...huhuhu..
suara org spt kita hnya suara gol minor...sape la kita ni kak...hhhmmm..sabar je la..Tuhan maha adil...

kayteeze said...

Err.... kak tie tak pernah berhubung dengan dato', kecuali yang ada cucu, hehe.. sabor je la Jue, memang lumrah hidup. Tapi, kan... setinggi pangkat mana pun, kita masih perlukan orang di bawah kita. Kalau tak mati kering laa... nak buat segalanya sendiri. Kerjasama tu penting.

Othman Juliana said...

semua, memang sangat-sangat sedang sabar. Kadang-kala, depa yang ada pangkat & harta ni senang-senang kotak katikkan kita. Mau-mau yang tak puas ati sebab kita tak bagi apa yang dia mintak (ehem!). Tapi, tak dinafikan-ada gak yang berpangkat dan sangat baik! humble sangat! Sampai boleh terrrr'jatuh cinta! haha. cuma keberlakangan ini, ramai sangat yang saya jumpa dah lupa rezeki tu datang dari Allah SWT. Bukan dari dia!