Friday, April 16, 2010

Rezeki Dalam Mulut

Jadual makan hari ini (sehingga jam 16:56):-

**breakfast, baru nak buat toast-baru perasan roti dah expired. 4/5 hari pulak dah terlajak! Ok, sangat rugi.
**lunch, jumpa rambut melekat dengan lauk ikan goreng~ putus selera.
**makan buah naga-ada ulat dlm buah yg dah tinggal suku nak abis~ (entah-entah dah ada beberapa ekor ulat masuk perut kot?) aihhh,..
**petang ingat nak ratah milo sambil siapkan kerje (malam plan nak study sikit)-milo pulak dah keras masuk angin,...

Ini namanya rezeki. Aku ingat lagi time dengar ceramah kat UUM dulu-"bila kita lapar, kita ambil roti dan kita makan. Lepas tu kita kenyang. Kita pun kata dalam hati, nasib ada roti ni-klu tak mau kebulur aku. Dan ini yang kita lupa, bukan roti tu yang buat kita kenyang tapi Allah SWT izinkan dan bagi kita rasa kenyang tu-roti tu sebab aje..." (lebih kurang macam ni le ayatnya, ayat sebenar lupa. Maaf).

Last week pun papa cakap benda yang sama, "rezeki ni Nona, kalau makanan dah dalam mulut pun boleh jatuh kalau bukan rezeki kita,.." macam itu lah lebih kurang lepas translate dialog papa aku. Ini pun lepas aku kena lecture sebab aku ada ngomel-ngomel dalam kereta on the way nak pergi exam PTD (yes Shah, aku akhirnya apply gomen (SPA) for the first time). Mengomel pasal apa? Ok, itu lain kali cerita (kot?).

Apa yang berlaku pun, alhamdulillah. Aku tak kebulur pun hari ini.
Thank you Allah!!

8 comments:

SHIMI said...

salam singgah disini.
nice blog n nice story

Othman Juliana said...

tq bro~

tehr said...

bukan takat dalam mulut, yang dah masuk dalam perut pun termuntah keluar kalau dah bukan rezeki...

Yunus Badawi said...

Salam kenal. Terima kasih terjah blog saya.

Betul apa yg awak cakap tentang rezeki tu. Selalu kita lupa yg memberi rezeki itu Allah. Ramai org yg ke sana sini minta pertolongan org besar2 utk dapat projek tapi kalau Allah belum nak beri tak dapat juga.

Oh nak masuk gomen ya? Mungkin satu langkah yg bijak dalam keadaan sekarang. Semoga berjaya.

Othman Juliana said...

tehr: exactly! sebab tu orang tua-tua selalu cakap, "kalau dah rezeki tak ke mana.."

YB: sama2-nak release stress sekarang ni-jadi,dok sibuk baca sana sini-sesambil komen bila rasa sesuai. ~oho, tidak pernah terfikir nak masuk gomen pun. entah la, tiba-tiba hati terbuka untuk apply. takpe, dapat masuk-saya nak ubah norm orang gomen! haha~ besar cita-cita!!

Nota tangan: ada orang email saya, "rezeki, rezeki juga. jodoh macam mana pula?" **kenapa sejak dua menjak ni ramai sangat yang pembaca yang email private tanya pasal jodoh ni? aihhh!!

cHeRyNa PiReS said...

dear...your point is taken. and same goes to jodoh too;)

i read what u wrote in my blog and i am very happy to get to know u!

hr matters to discuss?

FakirFikir said...

Kalau org tanya hal jodoh - jawab dah ada, masa tak decide lagi. Kalau orang tanya bab rezeki, jawab tak ada jodoh lagi.

Othman Juliana said...

Cheryna:
:) glad to get to know u to dear! Macam baru jumpa a new mate la! weepieee!!

Am not the HR expert-but, a writer once told me; "HR is not just what you've learned in university, its all about everything in life-so, get to know more about life & write."

so, we can always discuss anything about HR a.k.a life dear! **kira boleh la kot? hehe~

so, what you want to discuss dear? Your 'HR'? :D


FakirFikir:
Nice. Tapi kan, saya pernah guna jawapan yang sama bro~ "ada dah, timing belum lagi,.." ~hehe. Oh, kan senang kalau memang itulah kenyataannya~ haha, gatai!