Wednesday, April 28, 2010

Demam Adamaya

".semenjak kau hadir dalam hidupku .tiada lagi keresahan .kau mengetuk pintu hatiku .tanpa sedar hingga ku izinkan .kau yang bernama cinta .kau yang memberi rasa .kau yang ilhamkan bahagia .hingga aku terasa indah .maaf jikaku tidak sempurna .tika bahagia mula menjelma .bila keyakinan datang merasa .kasih disalut dengan kejujuran .mencintai dirimu .merindui dirimu .memiliki dirimu .hingga akhir hayat bersama kamu~"

Ok, apa maksudnya? Dapat ini dari seseorang melalui email.
Konklusi sendiri: -

1. Dia minat cerita Adamaya (ni lagu tema cerita tu).
2. Dia minat penyanyi lagu ni: Dakmie.
3. Dia minat cerita I'm Not Single (juga yang menggunakan lagu ini sebagai tema).
4. Dia minat senikata lagu ini.
5. Dia minat makcik sebelah rumah yang juga peminat cerita Adamaya.

Mana satu ya? Oho!

14 comments:

ashrafi said...

ish..ish..ish... demammmm.....

ismadiyusuf said...

serupa tapi berbeza...jawapannya 1 malaysia

Othman Juliana said...

uiks? 1Malaysia~ haha
**garuk2 kepala yang tiada kelemumur apatah lagi kutu

cHeRyNa PiReS said...

inilah something yang sha tak tau: what is adamaya:)

Othman Juliana said...

haha~ sha, Adamaya ni slot 1830-1930hrs @ tv3. you can watch this online. not a bad one though~ cute. Dan sangat menyampah watak jahat: Dani. Rasa nak sepak (ok, emo sat).

Tie said...

Ooo... kak tie kurang gemar tengok drama melayu. Bukannya apa, nanti jadi stress laaa.... Nanti mulalah membebel sorang-sorang.. sebab kebanyakannya memaparkan sikap negatif macam Dani tu.. Adoi laa..

Yunus Badawi said...

Org lelaki suka tengok cerita ni mungkin suka tengok Lisa Surihani kot hehehe

Yunus Badawi said...

Saya kadang2 tengok juga cerita ni tapi takkanlah Maya tu nak layan Dani tu lepas mereka masing2 dah ada anak. Cinta yg lepas tu sudahlah. Simpan sebagai kenangan terindah hehehe

atoi said...

Salam,
dari studio, aku sampai rumah 6.45-7pm. waktu inilah anak bongsu aku kelam kabut ke bilik air, mandi tak sampai 2 minit. Lepas pakai telekung, tup tup, mengadap TV semula.

yang pening,
aku.

Othman Juliana said...

Kak Tie: Yup, saya pun gitu. Kadang-kadang ter'emo lebih. Err, bukan semua orang ke gitu? *cover line* ;p


YB: Oh, Lisa Surihani memang comel, dah le putih :)

Rasa tak mustahil YB, bila Maya sendiri yang bagi peluang untuk diri dia jatuh cinta balik-cinta lama berbunga la. Lagipun Maya dah start confuse. Chewah, diskas drama sekarang kita! Keh, keh. Dan realitinya, sudah ada isteri yang menduakan suami.


Atoi: Salam. Haha~ penangan Adamaya. Leceh bila dah 'ter'ikuti cite bersiri ni!


Ps. Watak faberet pilihan Nona ---> Armani (anak Adam&Maya). Sangat comel~ Nak anak macam ni boleh tak? Hehe.

Yunus Badawi said...

Tapi mcm tak sesuai pulak bila Lisa bawa watak seorg perempuan yg dah ada anak sebesar tu. Dia nampak terlalu muda utk itu.

Chewah kita sambung diskusi drama. Kejap lagi nak mula ni. Kenalah berhenti buat kerja ni hehehe

ElyaElmo said...

alaa..tak dpt tgk adamaya...keje :(

DrSinga said...

salam Jumaat Tuan Rumah...
ada diskas Adamaya di sini ya...?
:)
asmaradana tak pengok kee....????
salam kenal...:)

Othman Juliana said...

YB: ok je-skang ni kan mcm trend, ramai yg dok kawen awal. lgpun, tu kira awet muda le-mcm saya, tak nmpk mcm 31 taun (perasan!!) ;p

ElyaElmo: tgk online~ ok gk.

DrSinga: slm & berkenalan :D
asmaradana tgk gak cuma slalu miss sbb malam time waktu paling berkualiti untuk buat keje tanpa gangguan :D -errrr, watak amran jahat gile!!

**prasan tak dua2 cite: Adamaya & Asmaradana ni cite psl pakwe lama nk awek lama-dan life tak move on. Mmmm,....