Wednesday, April 28, 2010

BERITA HR: Banyak jawatan kosong tahun ini

IPOH 26 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih banyak kekosongan jawatan akan berlaku berikutan kumpulan pertama kakitangan yang dilanjutkan tempoh perkhidmatan ke usia 58 tahun mula bersara pada Julai ini.

Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, kekosongan tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 50,000 jawatan perkhidmatan awam yang akan diisi sepanjang tahun ini.

''Tahun ini, pada bulan Julai mungkin kebanyakan mereka yang dilanjutkan perkhidmatan ke umur 58 tahun akan mula bersara, kita jangka ada banyak kekosongan jawatan berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Greentown Square, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online

4 comments:

Kapten said...

harap2 aku salah seorang yg masuk
kekeke


Entri terbaru:
BAGUS JUGAK ADA ADIK PEREMPUAN

joegrimjow said...

cam nak berhenti blajo je
hehe
terus keje
erkk
sape nak amek kan?

Yunus Badawi said...

Best jugak kerja gomen. Dah pencen pun masih ada pendapatan setiap bulan hehehe

Othman Juliana said...

Fatt: Oh, aku pun harap aku salah sorang :D

Joe: haha~ kasi abis dulu belajo tu dik, kang camna nak bagi makan cik tanah ;p

YB: pencen untung bile umur panjang lepas pencen (average umur orang malaysia sekitar 60-70 tahun).