Friday, April 30, 2010

Putus Hubungan-

Modem terbakar time petir halilintar semalam. Terputus hubungan dengan dunia siber sampai ganti modem baru. Aih!

Wednesday, April 28, 2010

Demam Adamaya

".semenjak kau hadir dalam hidupku .tiada lagi keresahan .kau mengetuk pintu hatiku .tanpa sedar hingga ku izinkan .kau yang bernama cinta .kau yang memberi rasa .kau yang ilhamkan bahagia .hingga aku terasa indah .maaf jikaku tidak sempurna .tika bahagia mula menjelma .bila keyakinan datang merasa .kasih disalut dengan kejujuran .mencintai dirimu .merindui dirimu .memiliki dirimu .hingga akhir hayat bersama kamu~"

Ok, apa maksudnya? Dapat ini dari seseorang melalui email.
Konklusi sendiri: -

1. Dia minat cerita Adamaya (ni lagu tema cerita tu).
2. Dia minat penyanyi lagu ni: Dakmie.
3. Dia minat cerita I'm Not Single (juga yang menggunakan lagu ini sebagai tema).
4. Dia minat senikata lagu ini.
5. Dia minat makcik sebelah rumah yang juga peminat cerita Adamaya.

Mana satu ya? Oho!

HR: HR VP

The Vice President of Human Resources plans and directs programs for all human resources areas including employment, employee relations, compensation, training and development, benefits administration and equal employment opportunity. They develop policies and programs to meet organizational needs and provide guidance and technical assistance to other areas.

BERITA HR: Banyak jawatan kosong tahun ini

IPOH 26 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih banyak kekosongan jawatan akan berlaku berikutan kumpulan pertama kakitangan yang dilanjutkan tempoh perkhidmatan ke usia 58 tahun mula bersara pada Julai ini.

Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, kekosongan tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 50,000 jawatan perkhidmatan awam yang akan diisi sepanjang tahun ini.

''Tahun ini, pada bulan Julai mungkin kebanyakan mereka yang dilanjutkan perkhidmatan ke umur 58 tahun akan mula bersara, kita jangka ada banyak kekosongan jawatan berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Greentown Square, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online

Monday, April 26, 2010

Cuci Kapal Terbang

Text SMS: -

Aku: Yani, kau dah tidur ke?
Yani: Belum. aku tengah cuci kapal terbang.

Hahaha, aku bantai gelak macam gila.

Nota: ini adalah dialog SMS waktu di kolej dulu. Lampu dah tutup dan aku tak boleh tidur. Saja nak kacau roommate yang macam dah tidur, sekali dia reply SMS aku baik punya. Haha~

Huh, dah pukul 4pagi, aku tak boleh tidur ni-nak SMS siapa ya? ;p

HR: HR Assistant

The HR Assistant provides an array of support activities for the organization's HR functions. They assist in the areas of employment, affirmative action, salary and benefits administration, employee events, and employee communications. Additionally, they record data, maintain documents, furnish reports, and respond to questions about human resources issues.

Tuesday, April 20, 2010

Happy Bithday iShah!

Guess, we have never declare our self as BFF, or such. But we both know we have the great knot of friendship. Thank you dear for being by my side; you know everything bout me, my secrets, my past, my family, my problems, my tragedy, my life! **ok, sesiapa yang hendak mengorat saya boleh korek rahsia dari dia (oh, macam la ada orang hendak mengorat~ perasan!)

I'm glad I know you and I feel honored to know you. Happy Birthday to a one-of-kind friend. Love you always Shah! Muacks2!!! Psssttt,.. we are in the same boat now! haha~

Pic Info: Me & iShah during our 'gerek' time~ :D

EXTRA**Happy Birthday to Joegrimjow (same date tu)~ adik membesar bagai johan!

Monday, April 19, 2010

Gambar Dalam Frame #003

Oh ok, I know its cliche-but, I can't avoid it.
Missing this spot so much~
"All my PAST is mine no more, life is to move on.
But, how ridiculous it can be if the PAST is the only thing I wanted in future~ "

Pic Info: My room in UUM, Kolej MAS (final year). Notice the three 'Mr. Beans'? (-_-')

To Sir With Love by Lulu

Lulu - To Sir With Love Lyrics

Those schoolgirl days, of telling tales and biting nails are gone,
But in my mind,
I know they will still live on and on,
But how do you thank someone, who has taken you from crayons to perfume?
It isn't easy, but I'll try,

If you wanted the sky I would write across the sky in letters,
That would soar a thousand feet high,
To Sir, with Love

The time has come,
For closing books and long last looks must end,
And as I leave,
I know that I am leaving my best friend,
A friend who taught me right from wrong,
And weak from strong,
That's a lot to learn,
What, what can I give you in return?

If you wanted the moon I would try to make a start,
But I, would rather you let me give my heart,
To Sir, with Love


'To Sir, with Love' is a British film (1967). It was about a teacher that deals with social and racial issues in school. I watched this film at a very young age. Well, I've grown up with all those movies; Sounds of Music, My Fair Lady, Mary Poppins, etc (though I'm so much younger then the movies, haha)-and I still have my collection till today. Anyway, this movie has shown: an idealistic teacher is needed to produce good and quality students. Which, we do need that now, here, in Malaysia. Don't you think so? *sigh*

Just some thoughts~

We never get what we want,
We never want what we get,
We never have what we like,
We never like what we have,
Still, we live and love,..

Sunday, April 18, 2010

HR: Job Failures

Eighty-five percent of all job failures are due to lack of appropriate work habits or behavioral issues rather than lack of technical skills. Most HR experts believe that "behavior-based" job interview techniques provide indicators of a future success. Asking a job candidate how they did something, in addition to what they did, can reveal key aspects of their personalities.

Friday, April 16, 2010

Rezeki Dalam Mulut

Jadual makan hari ini (sehingga jam 16:56):-

**breakfast, baru nak buat toast-baru perasan roti dah expired. 4/5 hari pulak dah terlajak! Ok, sangat rugi.
**lunch, jumpa rambut melekat dengan lauk ikan goreng~ putus selera.
**makan buah naga-ada ulat dlm buah yg dah tinggal suku nak abis~ (entah-entah dah ada beberapa ekor ulat masuk perut kot?) aihhh,..
**petang ingat nak ratah milo sambil siapkan kerje (malam plan nak study sikit)-milo pulak dah keras masuk angin,...

Ini namanya rezeki. Aku ingat lagi time dengar ceramah kat UUM dulu-"bila kita lapar, kita ambil roti dan kita makan. Lepas tu kita kenyang. Kita pun kata dalam hati, nasib ada roti ni-klu tak mau kebulur aku. Dan ini yang kita lupa, bukan roti tu yang buat kita kenyang tapi Allah SWT izinkan dan bagi kita rasa kenyang tu-roti tu sebab aje..." (lebih kurang macam ni le ayatnya, ayat sebenar lupa. Maaf).

Last week pun papa cakap benda yang sama, "rezeki ni Nona, kalau makanan dah dalam mulut pun boleh jatuh kalau bukan rezeki kita,.." macam itu lah lebih kurang lepas translate dialog papa aku. Ini pun lepas aku kena lecture sebab aku ada ngomel-ngomel dalam kereta on the way nak pergi exam PTD (yes Shah, aku akhirnya apply gomen (SPA) for the first time). Mengomel pasal apa? Ok, itu lain kali cerita (kot?).

Apa yang berlaku pun, alhamdulillah. Aku tak kebulur pun hari ini.
Thank you Allah!!

Thursday, April 15, 2010

HR: Management Shortage - Baby Boomers

The decade ahead will see vast numbers of retiring Baby Boomers. To cope with the expected management shortage, organizations are experimenting with "fast tracking". This entails shortening the typical twelve to fifteen year leadership development cycle so promising individuals can move into the next level in about half the time.

Wednesday, April 14, 2010

BERITA HR: Had pekerja asing kepada 1.5 juta

PUTRAJAYA 13 April – Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengehadkan jumlah pekerja asing di negara ini dalam lingkungan 1.5 juta orang menjelang tiga tahun lagi. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah keseluruhan pekerja asing ketika ini didapati meningkat kepada 1.8 juta orang ekoran pemulihan sektor industri.

“Sebenarnya kita berjaya mengurangkan pekerja asing kepada 1.5 juta orang tahun lalu tetapi mereka dibawa masuk semula setelah industri kembali pulih.

“Kita harap jumlah mereka boleh dihadkan kepada 1.5 juta orang sahaja bagi memenuhi beberapa sektor yang tidak dapat dielakkan daripada menggunakan pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua menteri itu mendengar taklimat mengenai perkembangan makmal pengurusan pekerja asing yang ditubuhkan pada 23 Mac lalu.

Makmal tersebut melibatkan 14 kementerian, 11 agensi dan kira-kira 30 organisasi majikan serta pihak berkepentingan dalam pengambilan pekerja asing.

Berdasarkan statistik, daripada 1.8 juta pekerja asing di negara ini, jumlah tertinggi adalah dari Indonesia (50.9 peratus) diikuti Bangladesh (17.4 peratus), Nepal (9.7 peratus), Myanmar (7.8 peratus), India (6.3 peratus) dan Vietnam (4.2 peratus).

Sebanyak 39 peratus daripada mereka bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan (19 peratus), perladangan (14 peratus), pembantu rumah (12 peratus), perkhidmatan (10 peratus) dan pertanian (sembilan peratus)

Menurut Subramaniam, makmal berkenaan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil tetapi pada masa sama menerima hakikat negara ini masih memerlukan pekerja asing.

“Dalam sektor tertentu kita masih perlukan pekerja asing tetapi perlu dipastikan jumlah mereka dikurangkan pada satu tahap yang boleh kita uruskan.

“Apa yang kita harap hasil daripada makmal ialah sistem pengurusan pekerja asing iaitu mereka dibawa masuk secara sah dan kemudian akan balik ke negara asal selepas tamat tempoh bekerja,” katanya.

Beliau berkata, hanya melalui kaedah berkenaan, hasrat kerajaan untuk menguruskan pekerja asing secara baik dapat dicapai.

“Isu ini sebenarnya ialah bagaimana menguruskan mereka yang datang kerana ada yang masuk tetapi tidak pulang manakala ada yang datang melalui cara lain.

“Harap melalui makmal tersebut, penyelesaian dapat diambil bagi membolehkan pekerja asing diuruskan dengan baik,” katanya.

Sumber: Utusan Online 14 April 2010

Monday, April 12, 2010

Gambar Dalam Frame #002

"Sometimes, to LOVE is to let go~"
And yes, I'm letting you go,...
Pic Info: some part of my room @ Melawati, year 2004/5.

Friday, April 9, 2010

HR: HR.com

HR.com is a comprehensive online resource serving human resources professionals. The website provides information on HR subjects such as benefits, compensation, staffing and recruiting, outsourcing, HRIS, training and development, leadership, executive coaching, organizational development and more. Additionally, the site lists HR events and directories for and offers products through its online store.

Me in ANTM?

Yes, this what happen when a person in stress (to many to read, to many to remember, to many to be alert! oh, when you need to study!!).
The result: ME = 'Miss' J??? ~yeah, so right la tu. Dah la initial nama memang J! Dammit! Haha.

**head is full with blinking stars~ ting tong dah ni,..

Monday, April 5, 2010

HR: Resume Annoyances

Spelling errors, typos and poor grammar are the top resume pet peeves of HR recruiters, according to a recent ResumeDoctor.com survey of 2,500 recruiters. Other top-ranked resume annoyances: inaccurate or no dates, no contact information, poor formatting, long resumes, and resumes that include personal, unrelated information.

Put yourself in the situation to go through with those resumes; errors, bad grammar,(funny English sometimes!), not neat, not presentable, dirty, not enough info or too many info (which some are not related at all for the post!!!) - yes, you will have a bad day. Well, at least I will!

Moral: Take the effort to know and learn! If you don't care, the employers will not too!!

Saturday, April 3, 2010

Dinner Lepaskan Stress~

Home made dinner.
Dinner lepaskan stress sesambil celebrate my two dears' birthday today, though without them to celebrate it~ hehe.
Alasan saja nak gemukkan badan~ wahhhhhh,...

Demi Matahari

Demi Matahari
Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada

Yes, I am so crazy with this nasyid now. Hati merintih~ **sepi.
Rujuk dari Al-Quran: Surah As-Syams (surah ke 91).

video

"Demi matahari dan sinarnya di pagi
hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah"

Cipt. : M. Lukman Nunasyim (Maroji : QS Asy-Syamsy)
Music Arr. : Ari Wibowo
Vocal Director : Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan

Happy Birthday Adik Yan & Jemmi!

Yes, kamu berdua sudah bertambah umur (sorang sudah cecah 20 & lagi sorang sudah cecah 33!!)
Apa pun, may all your wish come true dear & I love you both truly!! Muah sket!!

Tuan tanah dok ngintai,..


Yeah, tiba-tiba keluar icon di atas bila aku jengok blog orang.
Wah, wah,.. agaknya lepas-lepas ni ada tak software yang boleh terus snap gambar orang-orang yang jengok blog kita? **Yeah, lepas kepala dah agak mereng ngadap nota-nota, harapan untuk melihat teknologi masa depan agak advance sikit~

**kantoi guna streamyx~ sorry Kap!

Friday, April 2, 2010

HR: Staffing Categories

Alternative or contingent staffing includes all nontraditional work arrangements other than direct full-time employment. These staffing categories include: contractors, temporaries, consultants, self-employed, independent contractors and part-time workers.

BERITA HR: MEB: Pinda undang-undang buruh

MEB: Ambilkira perubahan sebelum pinda undang-undang buruh

KUALA LUMPUR 1 April - Kerajaan perlu mengambil kira perubahan semasa sebelum membuat kajian meminda undang-undang buruh bagi memastikan hak-hak pekerja tidak terjejas.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, kajian mungkin perlu dibuat tetapi ia juga perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Katanya, kajian semula undang-undang yang berkaitan dengan modal insan perlu ada kerana industri-industri baru tidak wujud lagi

"Mungkin terdapat kehendak atau keperluan untuk menjalankan kajian tentang undang-undang buruh tetapi kalau ada apa-apa pun perubahan, kita mesti berbincang dengan para pemegang saham terutamanya, Persatuan-Persatuan Pekerja.

"Kami perlu melaksanakan sistem jaringan keselamatan sosial supaya jika wujudnya perubahan, pekerja-pekerja tidak terjejas tetapi kajian ini dilihat tepat pada masa kerana apa yang berlaku ialah cara pekerja digajikan berubah berbanding zaman dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi dialog Penaksiran Model Ekonomi Baru (MEB) yang turut dihadiri oleh ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Hamzah Kassim; Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K Soong; Prof. Fakulti Pentadbiran Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Dr. R Thillainathan; Pengarah Urusan Taxand (M) Sdn. Bhd. Dr. Veerinderjeet Singh dan Pengerusi Persatuan Ekonomi Malaysia, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Mahani yang juga merupakan salah seorang ahli MPEN berkata, undang-undang buruh sepatutnya boleh memberi imbuhan berbentuk ganjaran kepada pekerja yang berpengetahuan tinggi.

"Undang-undang berkenaan perlu lihat bagaimana sesebuah syarikat atau badan itu boleh berdaya saing dengan memberi imbuhan kepada pekerja berkemahiran tinggi, yang berproduktif tinggi dan sebagainya," ujarnya.

Ditanya bahagian mana dalam undang-undang buruh yang menjadi masalah, beliau menjelaskan, perundangan tentang memberhentikan kerja kerana mengambil masa yang terlalu lama.

"Ini bukan sahaja menjejaskan syarikat tetapi pekerja itu sendiri kerana proses itu lama dan pekerja itu mungkin tidak mampu mendapat kerja baik dengan cepat," terangnya.

Beliau juga berkata, jaringan keselamatan sosial sememangnya wujud tetapi ia tidak mempunyai satu sistem pusat.

"Misalnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah sebahagian jaringan itu.

"Bagaimanapun untuk mewujudkan satu sistem pusat, kami perlu tahu jaringan yang patut ada dan siapa yang patut diberikan kerana ia mungkin mewujudkan sistem yang menyebabkan orang malas bekerja," tambahnya.


Sumber: Utusan Online 2 April 2010

NO mobile & Al-Fatihah

CUBA MENELEFON SAYA?
Maaf, hp tertinggal dalam kereta Fifa dan beliau berada di luar daerah. InsyaAllah hari Sabtu baru beliau dapat datang rumah dan pulangkan hp saya. Ok, saya yang clumsy-sebab sangat penat drive pergi balik hari emergency itu. Apa-apa, email saya ya!

Ps: Al-Fatihah to Allahyarham Din Beramboi, received email bout half an hour ago. KepadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali. I'm not a fan, but I've watched the show by Afdlin-arwah wasn't that bad though~ at least, I had big laugh watching the show with my cousins.