Tuesday, March 16, 2010

Kempen 90 Hari Untuk Mama, Ummi, Ibu, Mummy, Bonda!

Aku masih ingat isu ini dibincangkan sewaktu dalam kelas Seminar HR di Universiti dulu. Cuti 60 hari untuk ibu dan menyusukan anak adakah cukup? Mungkin ada yang kata, "ewah, nak cuti lebih tu sebab malas nak kerja la tu, alasan..." -Ok, this is so not true. Banyak sangat hikmah dan ganjaran yang diberikan pada seorang ibu. Dari mula mengandungkan anaknya hingga melahirkan dan membesarkan. Jalinan kasih antara ibu dan anak pada tiga bulan pertama adalah sangat crucial, malah, susu ibu merupakan pemberian terbaik bukan sahaja untuk bayi tetapi juga untuk ibu (boleh kurangkan berat tu!).

Sebagai seorang yang masih belum berkahwin apatah lagi berpeluang untuk merasai kejaiban dunia untuk mengandung, melahirkan dan membesarkan seorang anak, aku tetap sangat-sangat sokong kempen 90 hari ini. Mungkin aku tidak akan berpeluang untuk menikmati cuti 90 hari ini (ok, sadis bunyinya), tapi melihat kepenatan dan kepayahan kawan-kawan untuk berehat secukupnya selepas bersalin-aku sudah puas andai ini menjadi kenyataan.

Jadi, jom kita semua sign petisyen ni untuk sokong kempen ini (maklumat lanjut turut disertakan di dalam web site tersebut). Tidak kisah anda seorang wanita, anak-anak gadis, gadis urban yang up to date, jejaka macho, jejaka poyo (erk!) mahupun seseorang yang mempunyai pelbagai perosnaliti (aisyhhh..), anda boleh sahaja menyokong kempen ini.

Kalau bukan untuk anda, lihat di keliling anda-bukankah dunia anda dikelilinggi oleh ibu-ibu yang hebat termasuk IBU anda? Jadi, apa tunggu lagi-JOM SIGN!!

No comments: