Saturday, March 20, 2010

Bahana Boncafe Mocca?

Walaupun semalam (dan hingga hari ini) aku masih lagi tidak sihat, demam kura-kura, selsema, migrain, dan lain-lain lagi yang diberi secara package, aku tetap hendak membaca untuk exam Isnin dan Selasa. Rasanya bukan masuk mana dah tetapi untuk menyedapkan hati dari tidak membaca apa-apa langsung. Apa pun, itu hanya sebab yang mengundang sakit belakang pula sekarang (package yang turut diberi bonus istimewa, macam beli satu, percuma satu dan ada hadiah misteri, wooo~).

NOTA: otak dah berkarat jadi kena paksa diri untuk membaca & baca & baca walau apa yang dibaca umpama salesman yang lalu dan lalu dan lalu depan rumah tapi tuan rumah sikit tak ajak singgah. Betul, itulah yang berlaku-sikit pun apa yang dibaca tidak langsung diajak singgah duduk dalam otak. Takut ayat yang tidak dikenali kot (avoiding strangers).

Apa yang berlaku semalam ya? Ok, disebabkan atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, dalam memaksa diri untuk membaca lagi dan lagi-aku telah bancuh satu mug Boncafe Mocca pekat kaw-kaw punya. Hasilnya? Mata bengkak tak ingat dan hanya berjaya tidur selepas solat subuh dan bangun kembali tepat jam 09:00!! Wow, hanya 3 jam tidur. Mata penat, selsema baik punya, migrain, sakit belakang, otak blur tapi masih tidak boleh tidur. Masa ini, baru aku faham-nikmat tidur adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit!

Pelik, sebab masa di U dulu-bancuhlah kaw macam mana pun nescafe ke, kopi ke, boncafe ke, dan minumlah banyak mana pun, kalau sudah mengantuk tu-sedap aje tidur! oh!

Moral kes ini: Ambil peluang tidak boleh tidur ini untuk menambah ibadah~ baru berbaloi-baloi!

No comments: