Tuesday, January 19, 2010

BERITA HR: Pencen dibayar mulai 5Feb. Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 6 hingga 28 Februari ini boleh menunaikan waran pencen mereka mulai 5 Februari berikutan sambutan Tahun Baru Cina pada pertengahan bulan depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pesara yang dibayar melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terlibat.

Menurutnya JPA sudah memaklumkan keputusan kerajaan dan arahan bayaran awal itu kepada semua pihak termasuk bank yang berkenaan.

Bagi sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran awal, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-8885 4906 atau 4475/4476/4477/4478. – Bernama

Berita dari Utusan Online, 19 Januari 2010.

No comments: