Tuesday, January 19, 2010

BERITA HR: Khidmat lebih 21 tahun: Pesara askar wataniah terima pencen

KOTA BHARU 19 Jan. – Bekas anggota Askar Wataniah (AW) yang berkhidmat sepenuh masa lebih 21 tahun sebagai anggota regular Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima pencen mulai sekarang.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Mohamad Abdul Ghani berkata, mereka hendaklah mendaftar dengan persatuan atau Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi membolehkan urusan pembayaran pencen dilakukan oleh kerajaan.

"Kerajaan meluluskan permohonan persatuan tahun lepas, semua bekas Askar Wataniah akan menerima pencen masing-masing mulai sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada seorang pesara AW yang lumpuh, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, dengan pemberian pencen itu, pesara AW yang pada asalnya berkhidmat secara sukarela kini boleh menikmati faedah seperti anggota tetap.

Mengenai anggota yang berkhidmat kurang dari 21 tahun, beliau berkata, perbincangan sedang dibuat bagi membolehkan bekas anggota yang berkhidmat lebih 10 tahun turut mendapat pencen. - Bernama

Sumber: Utusan Online 19 Januari 2010

No comments: