Thursday, December 31, 2009

Tahun 2009: Cerita 2009 (Surat Penglipurlara)

Surat dari pembaca majalah Remaja yang dijumpai di rumah sewa saudara aku ini sememangnya bagai pengubat duka sepanjang tahun-hehe. Jangan kata aku yang sah-sah ketawa sampai berair mata, sepupu aku pun ketawa pecah perut. Agaknya la, macam mana la orang yang pertama baca surat ini, mau ketawa bagai Suria Perkasa Hitam! Yeah, surat tahun 2009 ini aku postkan sebagai penutup tirai tahun ini... bye-bye 2009!!


Soalan dari Pembaca.

Saya seorang gadis yang normal. Tetapi saya mempunyai seorang kawan yang amat PELIK. Setiap malam dia akan melihat cermin dan bercakap seorang diri sambil memintal-mintal rambutnya. Selepas itu, dia akan ketawa kuat-kuat seorang diri. Yang paling mengejutkan, apabila pada satu hari saya ternampak dia menari ballet di dalam bilik. Saya sangat terkejut dan takut jika dia akan mengganas suatu hari nanti. Apa yang patut saya lakukan untuk membantu kawan saya? Saya dapat merasakan yang dia tidak senormal saya.

Ingin membantu.

Jawapan dari Remaja (Majalah)

Saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dihadapi oleh teman adik ini. Bagaimanapun, berdasarkan pada apa yang adik katakan, kawan adik ini mungkin sedang bermasalah. Apa yang adik boleh lakukan ialah cuba berbual dengannya dan dari situ adik selidiki apakah dia sedar dengan apa yang dilakukannya. Mungkin semua itu adalah sebahagian daripada latihan tarian atau teater yang diikutinya. Namun sekiranya si dia sendiri tidak sedar dengan apa yang dilakukannya, mungkin ada benda lain yang menguasai dirinya. Ha... kalau pasti barulah adik boleh mencadangkannya berjumpa dengan individu tertentu yang tahu tentang semua ini. Bagaimanapun, jangan cepat bersangka negatif terhadap kawan sendiri, sebaliknya cuba dekati dan kenal pasti apa yang dihadapinya. Selepas itu, lakukan yang terbaik untuk membantu. Inilah baru namanya 'kawan'.

Dipetik dari:
Majalah Remaja, 1 April 2009
Bil: 543, mukasurat: 177.


Nonahanim: Paling tak boleh tahan ayat, "Saya sangat terkejut dan takut jika dia akan mengganas suatu hari nanti". Ok girl, get a life la!! Anyway, thanks for one of the best moment in 2009 though we don't know you! *senyum-senyum*

No comments: