Monday, October 12, 2009

Cerpen Pendek (1)

"Aku sebenarnya dah give up sangat", keluh Ali di hening petang.
"Give up apanya kau ni? Bukan kau tu hati batu berurat besi,.." Meon membalas.

Sambil gelak terkekek-kekek, Ali menjawab, "itu semua pandangan orang pada aku. Nampak saja kuat tapi sebenarnya aku renyah kat dalam ni. Baru-baru ni pakcik aku perli aku, katanya anak-anak dia berjaya. Almaklum, keluar Universiti terus dapat kerja di Putrajaya bertaraf Jurutera pula tu. Aku ni, asyik kerja kat McDonald lah, KFC la, sampai sudah".

"Jadi, itu alasan kau untuk give up? That easy kawan?", balas Meon lagi.
"Kau boleh la cakap Meon, kau ada kerja, makan gaji dengan gomen, relax pula tu. Aku ni, bila asyik orang perli-sanggap juga jadinya. Pakcik aku tu yang paling aku tak tahan, asyik perli dan bandingkan dengan anak dia. Lama-lama mau gila juga aku. Asyik-asyik engineer, engineer,.. arghhhhhhh!!!", hentak Ali dengan agak menjerit.

Meon tidak menjawab lagi sungutan temannya Ali. Dia hanya memandang sambil berkata dalam hati, "Ali, Ali, kau juga sebenarnya hebat, cuma kekecewaan kau yang buat kau lemah. Tidak bermakna kau perlu jadi seorang jurutera, doktor atau Menteri untuk menjadi hebat. Cuma kau perlu berusaha dan menjadi sebaiknya dengan apa yang kau kecapi. Pakcik kau mungkin buta mata, hati kerana kejayaan kecil anaknya. Siapa tahu, esok lusa bila kau berada di puncak dia akan resah dengan standard biasa anaknya. Aku tahu kau kuat Ali, kau hebat kerana aku kenal kau yang berjaya berhadapan dengan segala dugaan yang aku tak rasa semua orang mampu hadapi. Pergorbanan yang lebih besar kau pernah hadapi, kenapa sekecil dugaan kau merintih".

Meon menepuk bahu Ali sambil berkata, "aku tahu kau akan bangun selepas kekecewaan ini dan aku nak kau ingat, waktu itu kau akan kenang kembali detik kita berbicara ketika ini".

Ali hanya diam dan memandang kosong ke tengah tasik. "Mampukah aku ya Allah? Moga Kau bantulah aku yang dalam kehilangan ini", doa Ali berbisik.

*mungkin bersambung*

No comments: