Thursday, September 3, 2009

Tajaan Majlis Berbuka Puasa

Assalaamu 'alaikum wrh wbt ,

TAJAAN MAJLIS BERBUKA PUASA HIDAYAH CENTRE – 12 SEPT 2009

Setiap tahun Hidayah Centre,JIM berinisiatif untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa atau lebih dikenali sebagai Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) untuk mengumpul dana bagi pembiayaan operasi dan bantuan saudara baru kita dan juga rumah2 tumpangan Hidayah Centre. Dalam masa yang sama, kita juga meraih saudara baru kita bagaikan saudara muslim kita sendiri sesuai dengan temanya "Saudara Baru Saudara Kita".


“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan ‘amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mu’allaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekankan dirinya, dan orang –orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (At Taubah 9:60)

Insya'Allah, pada tahun ini ia akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 22 Ramadhan Al Mubarak 1430H.
12 September 2009.
Hari : Sabtu.
Masa : 5.00 petang - 11.00 malam.
Bertempat :
Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 2,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penjualan kerusi dan meja sedang bermula untuk memperhebatkan lagi promosinya. Butirannya seperti berikut:

Pakej 1 : 1 Meja x RM5,000.00
Pakej 2 : 1 Meja x RM3,000.00
Pakej 3 : 1 Meja x RM1,000.00

Kami juga mengalu-alukan sumbangan ikhlas tuan-tuan puan-puan bagi merancakkan lagi program ini.

Tahun ini kami mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM160,000. Sehingga kini, kami telah menerima pembelian beberapa buah meja bernilai RM1,000 dari penderma budiman walaupun masih jauh dari sasaran yang ditetapkan. Jazakallahu khairon kathiro.
Jom! Saya mengajak anda semua mari menyumbang dengan membeli kerusi @ meja untuk membantu saudara baru kita di Malaysia .

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”.

(Al-Baqarah 2:245)

Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan hubungi kami:
Joannes Lukas @ Yahya Lukman, atau
Hajah Rosmawati Zainal,
Hidayah Centre,
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.
T: 03-4105 3159

Setiap pembelian meja @ kerusi @ sumbangan ikhlas mestilah difaks kepada:
En. Joannes bin Lukas, Hidayah Centre.
F: 03-4107 1754
B: 1441 0009 8200 56 (CIMB) atas nama "PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA"

No comments: