Monday, September 7, 2009

Jom SHARE: Resepi Spaghetti Bolognese

Resepi ini adalah di atas permintaan dari sahabat sewaktu di UUM dahulu (saya dan roommate pernah membuat 'open bilik' bersama rakan-rakan sekolej dengan hidangan ini), Khalsom-as promised, here is the recipe. Good luck Som!

Bahan-bahan:
  • 1 Peket Daging/Ayam Kisar
  • 4 Biji Bawang Besar (dipotong dadu)
  • 2/3 Biji Tomato Buah (dipotong dadu)
  • 1 Tin/Peket Kecil Cendawan Butang/Kering (dipotong ikut citarasa)
  • 1 Tin Besar Tomato Puree
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Oregano/daun basil segar
  • Lada Hitam/Lada Sulah
  • Garam
  • Minyak
*Masak hidangan berbuka semalam (",)
Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar sehingga masak dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging kisar, kacau sehingga daging masak.
  3. Setelah daging masak, masukkan tomato buah dan tomato puree. Kacau sehingga rata.
  4. Masukkan sos tomato (sukatan mengikut citarasa) dan sekiranya ingin pedas, masukkan sedikit sos cili. Kacau sebati.
  5. Masukkan cendawan atau bahan tambahan yang lain mengikut citarasa.
  6. Masukkan garam, oregano/daun basil dan lada hitam/sulah mengikut anggaran yang dikehendaki.
  7. Kacau sehingga sebati.
  8. Sedia dan enak dimakan sewaktu panas.
  9. Boleh dihidangkan bersama serbuk keju atau keju yang dipotong (seperti di dalam gambar).

NOTA: Bawang besar memberi tambahan rasa yang lebih enak pada kuah bolognese, sekiranya suka, boleh ditambah 2/3 biji lagi. Mudah, cepat dan enak, boleh dijadikan hidangan tambahan untuk tetamu di hari raya. Selamat mencuba!

No comments: