Tuesday, August 11, 2009

Manusia vs Lebah

MANUSIA DAN LEBAH
"Dan Tuhan anda telah mewahyu kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di (batu) bukit bukau, di pepohonan kayu (besar) dan di tempat-tempat dibina manusia.

Kemudian, makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhan anda yang telah dimudahkan (bagi anda). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi mereka yang berfikir".

Quran, An Nahl: 68.69

Manusia patut meniru lebah. Manusia sering kecewa dan berputus asa. Disebabkan kegagalan mendapat pekerjaan atau apa-apa permohonan. Temuduga bagaikan bersyarah dalam bilik kuliah, tetapi masih tidak mendapat kejayaan. Malah, pabila putus cinta: dalam keadaan cinta merangsang diri, tiba-tiba diri ditinggalkan. Diceraikan suami, menjadi janda (vice versa) dan pelbagai lagi musibah yang menimpa.

Lebah tidak pernah berputus asa. Awal pagi lagi telah keluar dari sarang. Terbang ke mana-mana mencari rezeki dari Allah SWT. Memungut madu dari bebunga dalam taman, dalam rimba raya untuk dirinya, isterinya, anak-anaknya dan umat manusia juga.

Lebah bercakap sesama lebah: "Manusia tidak kuat iman, tidak dapat kerja sedih, tidak dapat apa yang dihajati kecewa,.. dia tidak tahu rezeki Allah ada di mana-mana".

"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan mengadakan jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap manusia," kata lebah jantan.

Kata lebah betina: "Sayang abang!"

No comments: