Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan kali Ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan keturunan.

"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".

Nonahanim / Othman, Juliana
Ps. be more than just a celebrator, be a man of honor (^.^)

Exclusive: 31 Ogos 1957 Calender


Do you know it was on Saturday?
(",) MERDEKA!



NOTA KAKI: Mulai saat itulah Orang Cina dan India mula melaksanakan kontrak sosial dengan orang Melayu untuk memerintah negara Melayu ini. Merdeka!

Sunday, August 30, 2009

Ambang Merdeka: Sejarah Jalur Gemilang

*sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih jelas

Info:

Pada tarikh 30 Ogos 1997 jam 11.58 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, dua minit sebelum tarikh kemerdekaan Malaysia yang ke-40. Bendera Malaysia telah diisytiharkan sebagai JALUR GEMILANG.

Sudahkah anda menggantung bendera di organisasi anda? Kedai anda? Sekolah anda? Kolej anda? Rumah anda? Kenderaan anda?


*Esok, khas: Kalendar 31 Ogos 1957.

Saturday, August 29, 2009

HR: Coaching

Why coaches matter?

I took this subject during my bachelor and always thought that coaches only matter when you are in a high raking level. Which is not true, the coach metaphor comes from music, sports, drama, or other endeavors where participants must learn, adapt, and act in an ever-improving way. Coaches help participants see what did and did not work and offer specific counsel and advice on what can be done to improve performance. Coaches focus on behaviors as well as attitudes. Coaches have to understand individual differences and figure out how to motivate desired behavior.

Coaches teach as well as learn. Coaches know when to be critical and demanding and when to be positive and supportive. Coaches know how to stimulate individual behavior and encourage teamwork. Coaches may not be popular, but they deliver results and they are accountable for the results they deliver.

HR coaches read their business leaders and learn how to provide them concrete feedback on their behavior. Like personal trainers, they are able to help executives get organizationally and socially fit. HR players are in the ideal position to do executive coaching because they are outside the career politics (e.g. not after the senior leader’s job), have training in the human side of the business which enables them to observe unintended consequences, and offer insights not often shared with the business leader.

Coaches and teachers, are they similar? Guess, they are cousins.

Ref: D. Ulrich, & R. W. Beatty, Uni of Michigan

Nonahanim: now you see why coaching is important in any organization? You can answer. End.

Thursday, August 27, 2009

HR Acronym: HRP

Human Resource(s) Planning (HRP):

The planning of the future needs of a company regards employees, arranging for interviews for candidates, organization training, etc.

Hari-hari Penting Dalam Kalendar Islam

TARIKH HARI2 PENTING GANJARAN
1hb Syawal “Haram berpuasa pada hari ini” Puasa Enam(Sunnah) - Berpuasa 6 hari selepas Aidilfitri dalam bulan Syawal. Berpuasa dibulan Ramadan, kemudian melakukan 6 (puasa) dalam Syawal, adalah seperti puasa sepanjang tahun.
Bulan Zulkaedah Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida’ (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid.
1hb Zulhijjah Allah mengampuni Nabi Adam ‘Alaihis salam. Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.
2hb Zulhijjah Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus ‘Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.
3hb Zulhijjah Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah ‘Alaihis salam. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.
4hb Zulhijjah Nabi Isa ‘Alaihis salam dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia.
5hb Zulhijjah Nabi Musa ‘Alaihis salam dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.
6hb Zulhijjah Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.
7hb Zulhijjah Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripa danya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.
8hb Zulhijjah Hari Tarwiyah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.
9hb Zulhijjah Hari Arafah Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: “Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni’matku kepadamu”.
10hb Zulhijjah Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini. Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.
Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:”Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: “Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini”.
Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberik an baginya tebusan dosa selama 50 tahun”. Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:“Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah”. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya”.
10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah Hari-hari yang diharamkan berpuasa
Bulan Safar Peperangan Bani Khaibar & Bani Qianuqak Berpuasa selang hari “Puasa Sunnah yang terbaik diantara puasa-puasa Sunnah dalm setahun”.
2, 3 & 4hb R’awal 12hb R’awal Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w. & Sayyidina Abu Bakar di Gua Hira untuk berhijrah keMedinah. Hari keputraan Rasulullah s.a.w. Doa seseorang hamba yang berpuasa, akan diterima oleh Allah.
Bulan R’akhir Peperangan Jamal(Unta) - perang saudara pertama dalam sejarah Islam Sesiapa yang berpuasa sehari dijalan Allah, akan meletakkan sebuah parti diantara dirinya dan api neraka sebesar jarak diantara Langit & bumi.
8hb Jamadilawal Kelahirann Sayyidina Ali bin Abi Talib Berpuasa pada 3 hari iaitu 13hb, 14hb & 15hb dalam sebulan, adalah seperti berpuasa untuk satu bulan.
8hb Jamadilakhir -Perlantikan Sayyidina Umar alKhattab sebagai khalifah ke2 -Berlakunya peperangan Yarmuk dizaman Khalifah Umar alKhattab tahun 13 Hijrah Sesiapa yang berpuasa dijalan Allah, akan dijauhkan mukanya dari Api neraka sejauh jarak 70 tahun.
26hb & 27hb Rejab Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap perkara itu ada dikenakan Zakat, dan Zakat bagi badan itu adalah Puasa.
15hb Syaban -Nisfu Syaban. -Penukaran qiblat dari Masjid alAqsa diBaitul Muqaddis ke Kabah . Barang siapa berpuasa dari 13hb hingga 15hb dengan ketaqwaan & mengharapkan balasan(diakhirat) , segala dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.
Bulan Ramadan -Bulan yang difardhukan keatas umat Islam mengerjakan ibadat Puasa. -Nuzul Al-Qur’an pada 17hb. -Berlaku peperangan Badar pada 8hb tahun ke2 Hijrah -Penyempurnaan pembukaan Kota Mekkah pada 10hb.


Nonahanim: Ramadhan kini tiba lagi~ (",)

Saturday, August 22, 2009

'Terkenang-kenang': My Farewell Cup Cakes

I still can remember how delicious the cup cakes were (oh, talking about food during the fasting month!!!) and of course, its not only the cup cakes but its the great feelings being there. Thank you guys! Click here if you want to order variety of delicious cakes/cup cakes (Ana Creative is in Kulim).

The concept of Work Place Of Choice is such a great thing to have in any organization. When someone is happy being in any place, he/she will take care of the place with full of heart and that what the concept is all about. Dealing with human is more complicated then the machines as human has feelings, machines don't!

Question: Do you love where you are working now? Only you can answer that, your choice.


Nonahanim: thanks kak Ana, nak lagi boleh? (",)

'Jom' SHARE: Niat Puasa [sebulan & sehari]


Thursday, August 20, 2009

Maaf

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dah
ulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih d
ahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiiiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakuka
n pada hari Jumaat..
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mahupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah..
'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.
*credit to testifriendster.net for the picture. TQ! Comel gmbr!


Wednesday, August 19, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Pilihanraya kali pertama di seluruh persekutuan Tanah Melayu telah diadakan pada tarikh 19 Ogos, 1959.

HR: HR Manager

The HR Manager is a mid-level position responsible for overseeing human resources activities and policies according to executive level direction. They supervise human resources staff as well as control compensation and benefits, employee relations, staffing, training, safety, labor relations, and employment records.

Tuesday, August 18, 2009

A Bouquet Of Flowers

Note:
THANK YOU for this bouquet (",)

Di Ambang Ramadhan: Sunat-sunat Puasa

Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

My Book: The Dictionary of HR


Dictionary Of Human Resources And Personal Management (3rd Edition)
By A.Ivanovic (Author), P.Collin (Author)

Format : PaperBack
Publisher : Bloomsbury
ISBN : 0747566232
Price : £9.99
This dictionary provides the user with a comprehensive vocabulary of terms in human resource management. It covers all aspects of the subject including recruitment, selection, appraisals, payment systems, dismissals and other aspects of industrial relations.

Personally, I've been using this dictionary for the last three years (gift from my dear). It was funny at first, as I never thought there's such dictionary for HR! Trust me, you will never regret to have it especially if you are in the line of HR/Personnel or even to any management line. Today, this dictionary is part of my life as the HR fighter!


Nonahanim: sharing is caring and HR do care!

Monday, August 17, 2009

Di Ambang Ramadhan: Perkara Membatalkan Puasa & Pantang Larang Puasa

Perkara Membatalkan Puasa:
Sekiranya;

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang Puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunday, August 16, 2009

HR: Illegal Job Interview Questions

The following are examples of the most commonly asked illegal job interview questions in States (and some other countries).

Are you married?
Do you have children?
How old are you?
Did you graduate from high school or college?
Have you ever been arrested?
How much do you weigh?
What country are you from?
Are you a U.S. citizen?
What is your native language?
Are you handicapped?

How about in Malaysia? Guess, you can answer that ('.')

Di Ambang Ramadhan: Puasa [Erti, Dalil]

Alhamdulillah, dengan izinNya kita semua diberikan nikmat untuk berhadapan dengan penghulu segala bulan dalam tempoh kurang seminggu lagi. InsyaAllah, semoga ibadah dapat dilipat gandakan. Mari kita berkongsi maklumat yang lebih terperinci mengenai puasa.

PUASA
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil:
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.
Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4)Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Saturday, August 15, 2009

HR: Communication At Work

Executives are relying less on the telephone and face-to-face meetings and more on e-mail for communicating at work. According to an OfficeTeam survey of 150 senior executives at the nation's 1,000 largest companies, 71 percent listed e-mail as their most common form of dialogue at work, compared with 27 percent five years ago.

HR: Isteri tuntut hak KWSP

SOALAN:
ARWAH suami telah meninggal dunia pada bulan Februari lalu. Kami telah dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Arwah suami telah meninggalkan beberapa harta termasuk wang caruman KWSP. Apa yang menyedihkan saya, ibu bapa mertua telah mengeluarkan semua wang dengan alasan saya dan anak-anak tidak berhak menerima wang KWSP tersebut. Ini kerana arwah suami telah menamakan ibunya sebagai penama terhadap wang caruman. Saya ingin tahu hak saya dan anak-anak terhadap wang KWSP dan harta-harta lain.

Ibu Tunggal,
Klang, Selangor.

Jawapan:

Perundangan Islam secara jelasnya telah menggariskan panduan bagaimana seseorang boleh membahagikan hartanya. Pembahagian harta bergantung kepada tatacara pembahagian dan berlandaskan hukum syarak dan undang-undang.

Secara lazimnya apabila ada ahli keluarga yang meninggal dunia, sudah tentu kita dihadapi dengan persoalan pembahagian harta pusaka. Pengurusan harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan.

Lebih-lebih lagi bagi membantu isteri arwah untuk membesarkan anak-anaknya seorang diri. Antaranya mewujudkan kasih sayang, menanam semangat kemesraan, tolong menolong dan bertimbang rasa di antara ahli waris.

Merujuk kepada fatwa dan amalan semasa, wang simpanan si mati dalam KWSP adalah diiktiraf sebagai harta pusaka.

Pengiktirafan tersebut adalah melalui Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 iaitu wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP maka wang itu adalah milik si mati.

Maka wang milik si mati adalah harta pusaka. Walaupun ibu mertua dinamakan sebagai penama untuk mengeluarkan dan menerima wang itu, wang yang diterima hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid.

Fatwa Kebangsaan juga memutuskan penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan si mati) mengikut hukum faraid.

Antara prosedur KWSP yang ditetapkan adalah dengan memberi peringatan kepada penerima seperti berikut:

"Bagi ahli yang beragama Islam, penerima waran ini adalah sebagai wasi atau pentadbir dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli mengikut undang-undang Islam (faraid)."

Bagi orang Islam, penamaan yang dilakukan di dalam akaun caruman KWSP hanya bagi membenarkan KWSP mengeluarkan wang itu kepada penama untuk diagihkan kepada waris yang berhak.

Penama diamanahkan oleh orang yang menamakannya untuk mentadbir harta berkenaan supaya ia dapat diagihkan mengikut hukum faraid dengan segera.

Secara dasarnya, wang simpanan yang dikeluarkan oleh Penama dikehendaki menandatangani suatu aku janji bahawa beliau akan mengagihkan wang simpanan itu mengikut faraid.

Kegagalan mematuhi aku janji itu memberi kesan kepada penama dari sudut undang-undang. Tindakan menurut undang-undang boleh diambil terhadap Penama itu.

Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu mertua sebagai penama untuk membahagikan harta tersebut secara faraid kepada waris-waris yang berhak.

Jelaslah di sini bahawa puan adalah salah seorang waris yang berhak terhadap harta-harta pusaka arwah. Maka, puan boleh menuntut wang caruman KWSP bagi kepentingan puan dan anak-anak.

Selain itu, puan juga berhak untuk menuntut harta lain seperti harta sepencarian terhadap harta-harta arwah. Tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan selepas perceraian atau selepas kematian mana-mana pihak.

Puan berhak menuntut harta tersebut sebagai harta sepencarian walaupun puan tidak bekerja. Tuntutan terhadap harta sepencarian boleh dilakukan pada bila-bila masa tiada had masa yang ditetapkan. Tetapi, sebaik-baiknya dituntut dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

*Dipetik dari Utusan Online

Thursday, August 13, 2009

'Jom' SHARE: Usrah

Seorang sahabat pernah bertanya, "usrah tu apa Ju? Nampak selalu pergi, usrah tu ceramah yea?" Saya sendiri yang sudah tidak begitu aktif menghadiri usrah cuba untuk menjelaskan pertanyaan sahabat itu tadi. Sekurang-kurangnya, sahabat itu dapat memahami apa usrah itu sebenarnya.

Untuk dikongsi bersama, saya lampirkan gambar di bawah yang mampu memberi penjelasan kepada yang ingin mengetahuinya (^.^) *klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.

Nonahanim: kalau ada yang ingin tambah, silakan!

HR Acronym: COLA

COLA ---> cost of living allowance.

An addition to normal salary to cover increases in the cost of living. In Malaysia, COLA is based in which part of the world employee's working.

Wednesday, August 12, 2009

HR: Career, Life & YOU

1) You are always on your own. Even if you work for a big company, you will always be on your own. Companies aren't people. They're things and they don't have feelings. If you are expecting the company to "take care of you" or "do the right thing", you'll be often disappointed. There are no strong bonds in a company. No one cares more about your career than you do. Remember that, and don't expect the company to take care of you - all the time. *Unless the company has good + great HR team to take care the employees (^.^)

2) Certain jobs fit certain people best. You do have special gifts that fit you for some, disqualify you for others. Take time to assess your skills, temperament and aptitude in depth.

3) Careers are short-term. Your present job can end anytime, even if you own the company! Therefore, think short term. Don't take your present career for granted. Someone once described a consultant as a person who wakes up every morning unemployed. You should feel the same way. Wake up every morning feeling unemployed so that you'll appreciate your present job more and figure out what you're going to do next. Always have a "Plan B" (No kidding!!)

4) It's more important to be a "people person" than an " achievement-oriented person" who always win at the cost of others. People skills are more important than technical skills. Even in technical jobs, you have to deal with someone. The average performer who are easier to get along with last longer in his job.

5) What you accomplish today will be your calling card tomorrow. Your accomplishments will determine your marketability. In marketing yourself, it's the results that count. A soccer forward who scores in every game is easier to market than one who doesn't. So make sure you're contributing something substantial and measurable every day. And make sure you keep a written record of your results, in case you forget!

6) Changing fields, industries, and functional specialties is difficult. The more difficult it is, the bigger the change will be. Therefore, choose your career path carefully. As management expert Peter Drucker says, "The best way to predict the future is to plan it."

7) If you're fired or laid off, don't sue your former employer. Ask yourself why you didn't see it coming; or if you did see it coming. Ask yourself why you didn't do something about it. Figure out your part in causing the problem. Then set about creating a new, better life for yourself. There is a better life in your future.

8) Don't stay in a job you hate. Hating your job can kill you.

9) Success is difficult. If success were easy, everyone would be successful.

10) You are in full control of your own future. No one can deny you a happy life if you decide to plan it and work for it. No one can stop you from becoming successful, but yourself.

11) It's never too late for a new beginning.

12 ) Align yourself with winners. Hang around with winners. Success really does rub off from others. "If you keep doing what you have always been doing, you're going to get what you've always gotten".

Tuesday, August 11, 2009

HR: Personnel

All National Football League draft picks take the Wonderlic Personnel Test (WPT) as part of the annual pre-draft combine. The Dallas Cowboys were the first NFL team to use the WPT in the early 1970s. Originally developed in 1937, the WPT test is popular because it provides quick, easy and accurate information about a job candidate's intelligence.
-from HR Daily Quote

'Jom' SHARE: Qiblat Locator

If you are not sure where is the right Qiblat (if you are traveling, just moved into new house, etc), you can always check your Qiblat at QiblaLocator. Now, there's no excuse to skip your solat where ever you are around the world!

Nonahanim: solat is the fundamental of ourself as Muslims.

Manusia vs Lebah

MANUSIA DAN LEBAH
"Dan Tuhan anda telah mewahyu kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di (batu) bukit bukau, di pepohonan kayu (besar) dan di tempat-tempat dibina manusia.

Kemudian, makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhan anda yang telah dimudahkan (bagi anda). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi mereka yang berfikir".

Quran, An Nahl: 68.69

Manusia patut meniru lebah. Manusia sering kecewa dan berputus asa. Disebabkan kegagalan mendapat pekerjaan atau apa-apa permohonan. Temuduga bagaikan bersyarah dalam bilik kuliah, tetapi masih tidak mendapat kejayaan. Malah, pabila putus cinta: dalam keadaan cinta merangsang diri, tiba-tiba diri ditinggalkan. Diceraikan suami, menjadi janda (vice versa) dan pelbagai lagi musibah yang menimpa.

Lebah tidak pernah berputus asa. Awal pagi lagi telah keluar dari sarang. Terbang ke mana-mana mencari rezeki dari Allah SWT. Memungut madu dari bebunga dalam taman, dalam rimba raya untuk dirinya, isterinya, anak-anaknya dan umat manusia juga.

Lebah bercakap sesama lebah: "Manusia tidak kuat iman, tidak dapat kerja sedih, tidak dapat apa yang dihajati kecewa,.. dia tidak tahu rezeki Allah ada di mana-mana".

"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan mengadakan jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap manusia," kata lebah jantan.

Kata lebah betina: "Sayang abang!"

Monday, August 10, 2009

HR: From JFK

“Our progress as a nation can be no swifter than our progress in education. The human mind is our fundamental resource.”
- John F. Kennedy.

Saturday, August 8, 2009

HR: Pampasan

Menurut Patten (1991), pampasan adalah merupakan semua bentuk pembayaran atau ganjaran yang diberikan kepada semua kategori dan peringkat pekerja yang bekerja dalam sesebuah organisasi. Ganjaran ini dibayar kepada para pekerja dalam organisasi kerja seperti firma-firma perniagaan, agensi-agensi kerajaan, hospital-hospital, sekolah-sekolah, badan-badan ketenteraan dan lain-lain.

Milkovich & Newman (2005) mengatakan, pampasan didefinisikan sebagai semua bentuk pulangan kewangan serta faedah dan perkhidmatan yang nyata atau jelas yang di terima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada ikatan perhubungan pekerjaan.

Akta Pampasan Pekerja 1952 menetapkan bahawa apabila seorang pekerja ditimpa bencana kerja yang terbit dari dan dalam masa pekerjaannya yang menyebabkan kecederaan atau maut, majikannya adalah bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada pekerja tersebut atau orang tanggungan si mati. Untuk melepaskan tanggungjawab tersebut, setiap majikan adalah diwajibkan untuk menginsuranskan pekerjanya menurut seksyen 26(1) Akta Pampasan Pekerja 1952. Dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 26(2) Akta Pampasan Pekerja 1952, Menteri Sumber Manusia telah membuat Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing) (Insurans) 1998, dimana majikan-majikan perlu menginsuranskan pekerja asingnya dengan mana-mana penanggung insurans yang dilantik. Penanggung-penanggung insurans selain dari bertanggungjawab untuk membayar pampasan bagi kes-kes bencana kerja untuk menyediakan faedah tambahan bagi kes-kes kemalangan ke atas pekerja yang berlaku di luar waktu kerja.

Di bawah seksyen 8, Akta Pampasan Pekerja 1952, Pesuruhjaya Pampasan Pekerja diberi tugas untuk menaksir jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada kes-kes bencana kerja yang terbit dari dan dalam masa pekerjaan. Bagi kes-kes kemalangan di luar waktu kerja penaksiran pampasan akan dibuat oleh penanggung insurans.

Menurut seksyen 10, Akta Pampasan Pekerja 1952, pampasan bagi kes maut hendaklah didepositkan dengan Pesuruhjaya Pampasan dimana beliau akan menjalan pembahagian wang pampasan kepada orang-orang tanggungan si mati.

Di bawah seksyen 13, Akta Pampasan Pekerja 1952, majikan adalah diwajibkan untuk melaporkan kemalangan yang menimpa pekerjanya dalam 10 hari dari tarikh kemalangan kepada Pesuruhjaya Pampasan Pekerja. Majikan mesti mengemukakan semua dokumen yang berkaitan untuk membolehkan Pesuruhjaya Pampasan Pekerja membuat taksiran pampasan bagi tujuan pembayaran kepada pekerja oleh penanggung insurans.


Untuk maklumat mengenai Akta Pampasan Pekerja 1952, sila ke web Kementerian Sumber Manusia Malaysia.


Nonahanim: setiap pekerja perlu tahu apa hak mereka sebagai pekerja.

Friday, August 7, 2009

HR: Job Seekers

Experts estimate that 10% to 30% of job seekers have lied or embellished their resumes to improve their chances for a better job. According to outplacement firm Challenger, Gray & Christmas, the most common resume fibs used by job seekers include enhancements in education, degree and job title, over-stated compensation, false reasons for leaving a previous job, and inflated accomplishments.
Nonahanim: seeking for job~

Lets REGISTER!: I Love Malaysia Campaigns/Contest

iLoveMalaysia

This year is Malaysia's 52nd Independence Day! Merdeka!
Talking about the campaigns or shall I say contest, Exabytes network-one of the well known web hosting in Malaysia has organize a campaign iLoveMalaysia.

Stand a flag in front of the house,.. check.
Stick a flag on the car rooftop,.. check.
Put an iLoveMalaysia logo on website to win iPhone 3GS,.. REALLY?

YES! This is a chance for you to win yourself one fancy, must-have smartphone - iPhone 3GS worth RM 2500 each! That's not all. The best part is, you can also refer someone to join this campaign, and if they are selected as winner, you as the referrer will win the exact same prize! - all while expressing your love to the country!

Don't be disheartened if you fail to get the grand prize. Exabytes still have other cool and expensive consolation prizes waiting for you.

Interested mate? Go to this link and register!
As for your referrer URL, this blog email is:-
othman_juliana@yahoo.com



*Info taken from Exabytes website


Nonahanim: It's time to pray guys! Teet, teet,... its our iPhone 3Gs ringging! (^_^)

Wednesday, August 5, 2009

HR Acronym: KSAO's

KSAOs stands for:
Knowledge, Skills, Abilities, and Other characteristics.

This acronym is commonly used by human resources and recruiting professionals to describe the characteristics of a person as it relates to job performance and requirements.

Nonahanim:
will be chase out by lecturers if we can't answer what KSAOs is~ yup, once upon a time in UUM (",)

HR: Proses Rundingan

Dalam proses perundingan, terdapat beberapa model yang boleh dijadikan sumber rujukan. Antara model adalah Model Lewicki dan Hiam’s, Model Hiltrop dan Udall’s, Model Hindle’s dan Model Kennedy’s. Antara keempat-empat model ini, mari kita lihat Model Lewicki dan Hiam’s sebagai contoh. Dalam model tersebut proses rundingan dibahagikan kepada empat tahap. Tahap pertama ialah tahap persediaan, diikuti oleh tahap pembukaan, seterusnya tahap tawar menawar dan diakhiri dengan tahap penutupan dan pelaksanaan.

*Model Lewicki dan Hiam’s

Dalam tahap persediaan terdapat dua proses penting yang ditekankan iaitu pengumpulan maklumat dan penetapan perancangan serta matlamat yang ingin dicapai. Dalam proses pengumpulan maklumat pihak yang ingin berunding perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat sebelum perundingan dijalankan. Untuk penetapan matlamat pihak yang berunding perlu menetapkan kaedah yang ingin digunakan sama ada kaedah distributive bargaining ataupun integrative bargaining.

Bagi tahap pembukaan pula kedua-dua pihak yang ingin menjalankan rundingan perlulah menghujahkan cadangan berserta dengan alasan untuk mengukuhkan lagi hujah tersebut. Dalam perundingan tersebut kedua-dua pihak perlulah mengemukakan dan mendengar dengan teliti maklumat berkaitan perkara yang sedang dirundingkan. Tahap pembukaan ini merupakan tahap yang sukar dan memerlukan idea yang bernas kerana kedua-dua pihak perlu menjawab persoalan yang diajukan.

Tahap yang ketiga pula ialah tahap tawar menawar yang mana kedua-dua pihak akan memberi ruang perbincangan dan masa bagi mencapai persetujuan rundingan. Ini membolehkan kedua-dua pihak berbincang untuk memudahkan proses tawar menawar. Akhir sekali ialah tahap penutupan dan pelaksanaan. Pada tahap ini kedua-dua pihak mencapai kata sepakat terhadap perkara yang dirundingkan. Seterusnya kedua-dua pihak akan menandatangani perjanjian secara bertulis bagi menunjukkan persetujuan telah dicapai.

Sumber Rujukan: Lewicki, R. J., Barry, B., & Saunders, D. M. (2007). Essentials of Negotiation. New York: McGraw Hill.

Nonahanim: pentingnya proses rundingan yang berkesan perlu dicapai agar kedua-dua pihak berpuas hati dengan segala tindakan yang akan diambil dan hasilnya pasti menguntungkan kedua-dua pihak. Malah dalam Islam juga mengatakan, perlunya kita bermesyuarah dalam setiap perkara. insyaAllah.

Tuesday, August 4, 2009

You’re The One That I Want by John Travolta & Olivia Newton-John

As promised, here is the lyrics from the movie Grease,.. "You're The One That I Want",...


Danny

I got chills
They’re multiplyin’
And I’m losin’ control
Cause the power you’re supplyin’
(spoken)
It’s electrifyin’

Sandy
You better shape up
‘Cause I need a man
And my heart is set on you
You better shape up
You better understand
To my heart I must be true

Danny
Nothin’ left
Nothin’ left for me to do

Both
You are the one that I want
You oo oo honey
The one that I want
You oo oo honey
The one that I want
You oo oo are what I need
Oh yes indeed

Sandy
If you’re filled with affection
You’re too shy to convey
Meditate my direction
Feel your way

Danny
I better shape up
‘Cause you need a man

Sandy
I need a man who can keep me satisfied

Danny
I better shape up if I’m gonna prove

Sandy
You better prove that my faith is justified

Danny
Are you sure

Both
Yes I’m sure down deep inside

You’re the one that I want
You oo oo honey
The one that I want
You oo oo honey
The one that I want
You oo oo are what I need
Oh yes indeed


Nonahanim: you are the one that I want indeed,.. though I know we will never be together.. *sigh*

'Jom' SHARE: The Best Steamboat in KL ---> Terminal Seafood, Bangsar

Yup, at Terminal Seafood-you can have everything. Three choices on how you want to have your food = steamboat, steam and barbecue. So much choices to choose and you can eat all you want. With only RM40 per head and no charge for kids below six. Of course, they have ice-cream too!


Terminal Seafood is located in Bangsar, behind Dataran Maybank. A great place to go with your family, friends or even with your special one and celebrate the excitement in life with them. Trust me, you will never regret to come. Oh, sedapnya!


Nonahanim: had a great dinner here and left at almost midnight!