Friday, July 17, 2009

Rahsia Cinta

Terlintas untuk mengusung kata cinta post kali ini selepas menerima sms dari sahabat mengenai cinta yang dicari. Dalam usia yang semakin meningkat, adakala kehidupan dipandang sepi tanpa cinta dari seorang kekasih. Perlukah kita dengan cinta ini? Kenapa cinta itu perlu dimiliki? Apa itu cinta sebenarnya?

Cinta merupakan suatu kata-kata yang indah, malah ada pendapat mengatakan cinta itu merupakan sesuatu yang khayal. Cinta merupakan emosi yang hebat dan merupakan sebahagian dari keinginan seseorang yang berubah.

Perspektif cinta bagi setiap individu juga menjadikan perkataan serta maksud cinta itu sendiri istimewa. Ianya merupakan suatu emosi yang meluap-luap tetapi tidak boleh dimiliki secara mutlak oleh seseorang sahaja.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap seorang dari kita ingin bercinta dan dicintai. Ini adalah proses timbal-balik secara terus menerus dalam kehidupan Manusia.

Cinta antara dua akan menimbulkan beberapa pandangan penuh erti. Antara yang dapat dilihat: -

• Cinta ibu/bapa kepada anaknya
• Cinta anak kepada ibubapa
• Cinta di antara pasangan suami isteri
• Cinta seorang abang/kakak kepada adiknya
• Cinta seorang kekasih kepada kekasihnya
• Cinta seorang pekerja kepada organisasinya
• Cinta hamba kepada Maha Pencipta

Semua ini merupakan cinta sebagai pengungkapan perasaan, tetapi nyata kesemuanya mempunyai cinta yang berbeza. Setiap cinta tersebut memiliki erti yang berbeza-beza, malah adakala agak sukar untuk dijelaskan melalui kata-kata. Hebatnya, hanya cinta kepada yang Maha Esa merupakan cinta nan Agung.

Cinta yang wujud di antara lelaki dan wanita juga akan mengalami perubahan, sesuai dengan perkembangan usia.

Cinta juga tidak dapat lari dari kehidupan seorang pekerja. Tanpa cinta kepada organisasi, mustahil kita mampu bekerja dengan senang hati walau sibuk tanpa henti.

Kita harus menyedari bahawa cinta mencangkupi erti nafsu juga, tetapi cinta bukanlah nafsu. Cinta mempunyai kekaguman dan inilah yang perlu dipelihara.

Setiap individu pasti mempunyai penjelasan mengenai cinta atau pun maksud cinta yang berbeza-beza. Jelas kerana cinta itu sendiri mempunyai pelbagai kategori. Tapi apa yang dapat diterima dengan pasti, cinta adalah permintaan maaf, pengertian, kesabaran dan ketekunan serta kebaikan. Cinta bukan sesuatu yang egois, sombong dan angkuh. Cinta selalu tumbuh semada dalam keadaan buruk mahupun baik sampai mati.

Cinta tidak salah jika semuanya cinta kerana Illahi.
Nyata, cinta tidak pernah berhenti!


Nonahanim: “aku cinta kamu dan kamu pun tahu,….”

No comments: