Wednesday, July 15, 2009

Pemimpin Sebenar?

Menurut kajian yang dibuat oleh Michele dan Mark yang mengkodkan kenyataan kajian yang dibuat oleh Stogdill (1948) dan Mann (1959), menyatakan bahawa menentukan ciri-ciri peribadi yang ’nampak’ atau ’nyata’ boleh digunakan untuk membezakan pemimpin dengan pengikutnya. Kenyataan ini secara langsung menerangkan bahawa ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang pemimpin itu menggambarkan seorang pemimpin tersebut adalah berbeza daripada seseorang yang bukan pemimpin. Sekaligus menunjukkan bahawa mereka mempunyai satu kelebihan untuk menangani seseuatu perkara atau permasalahan yang timbul.

Selain itu, turut timbul persoalan, “adakah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang pemimpin tersebut mempengaruhi corak atau gaya kepimpinan yang digunakan oleh mereka dalam kepimpinannya?”.

Dalam kajian Ohio State University menyatakan bahawa terdapat dua dimensi yang dilihat untuk menentukan corak kepimpinan seseorang pemimpin iaitu dimensi struktur permulaan dan dimensi pertimbangan rasa. Namun persoalan berkaitan dengan kepadanan gaya kepimpinan dengan ciri-ciri pemimpin lebih ditekankan dalam dimensi struktur permulaan, iaitu melihat cara bagaimana seseorang pemimpin tersebut menentukan peranan dan pembahagian tugas untuk dirinya dan orang bawahan untuk mencapai objektif. Kenyataan ini kemudiannya disimpulkan oleh Stogdill et al, 1974, yang mana mengatakan bahawa pemimpin yang mengamalkan struktur permulaan yang tinggi dan mempunyai timbang rasa yang tinggi akan mencapai prestasi yang tinggi dan memberi kepuasan kepada pengikut mereka.

Dua kenyataan yang diambil adalah daripada dua penyelidik di mana ianya ternyata cuba melihat perkaitan yang wujud antara ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang pemimpin dengan corak atau gaya kepimpinan yang mereka gunakan.

Benarkah faktor persekitaran mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang pemimpin ataupun tidak. Faktor persekitaran di sini bermaksud sama ada pemimpin itu mengambil kira hal disekelilingnya dalam tugasnya memimpin orang bawahannya. Jika kepimpinannya dipengaruhi oleh faktor sekelilingnya, ini bermakna dalam setiap keputusan yang akan dibuat juga bergantung pada persekitaran di sekelilingnya. Oleh itu, semua keputusan yang diambil tidak semestinya tepat dan betul. Hanya faktor persekitaran yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik dan betul.

Adakah seseorang pemimpin tersebut benar-benar memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang sebenar? Atau, seorang pemimpin tersebut telah memiliki ciri-ciri seorang pemimpin tetapi tidak mengamatinya?

Lihat disekeliling anda, adakah anda mempunyai pemimpin yang benar-benar memimpin atau pemimpin pada nama sahaja? Kepimpinan yang cekap akan menghasilkan organisasi yang kukuh dan pekerja yang berkualiti. Jika anda seorang pemimpin, sudahkah anda menilai diri, layakkah anda menjadi pemimpin? Tepuk dada, tanya akal.


Nonahanim: mampukah kita memimpin? Memimpin diri, keluarga, kumpulan kerja, masyarakat dan alam,..

No comments: