Sunday, June 14, 2009

"Terkenang-kenang": Program Membina Bakal Belia Berwawasan~

Bertempat: Sekolah Kebangsaan Felda Batu Lapan, Changlun, Kedah.

Program Membentuk Bakal Belia Berwawasan diadakan untuk memberi peluang kepada siswa siswi menabur bakti dan berkerjasama dengan masyarakat sekitar amnya dan masyarakat setempat khususnya. Di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa-mahasiswi, para pelajar sekolah dan masyarakat sekitar.

Selaku Pengarah Program, penulis (Juliana Othman) memberi ucapan alu-aluan. Duduk dari kiri, Pengurus Felda Bt 8, Encik Taib, Guru Besar SK Felda Bt 8, Cikgu Ku Ishak, YB Ismail (mewakili YB DOA) & Prof Izham (Pengarah Pusat Ko-k UUM)

Program yang dikendalikan oleh 41 mahasiswa-mahaisiswi UUM, diketuai oleh penulis selaku Pengarah Program telah disertai oleh empat buah sekolah rendah kebangsaan sekitar Sintok, iaitu Sekolah Kebangsaan Felda Batu 8, Sekolah Bukit Tangga, Sekolah Laka Selatan dan Sekolah Gua Napai. Turut dibantu oleh Encik Rosmira Bin Saad selaku Penasihat SubUnit Pembangunan Masyarakat III (A) dan dikelolakan sepenuhnya oleh Encik Azmi Shaari selaku Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat UUM. Program ini juga merupakan anjuran bersama Majlis Gabungan Felda Kubang Pasu, Kedah.


Nonahanim: "menyemai kasih, menabur budi.." Di sinilah di antara titik permulaan sebagai masyarakat kita menjaga Sumber Manusia negara untuk bakal pemimpin negara Malaysia. InsyaAllah (",) ~HR ada di sekitar kehidupan kita..

No comments: