Friday, June 26, 2009

'Jom' SHARE: Camels in the desert at sunset~


The following is a picture taken directly above these camels in the dessert at sunset. It is considered one of the best pictures of the year (2005). Look closely, the camels are the little white lines in the picture. The black you see are just the shadows!!! - got this from a friend years back.

Source from National Geographic, photographer: George Steinmetz. Two thumbs up George!


Nonahanim: sometimes, something simple will give a miracle discovery. So with our life, insyaAllah (",)

1 comment:

Mokhtar Petah said...

Pelancaran Logo, Lagu 1Malaysia meriah

Najib Tun Razak (tiga dari kanan) dan isteri, Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin bersama rakyat berbilang kaum melakukan senaman pada majlis pelancaran Logo, Lagu 1Malaysia dan Senam Seni Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Jun – Kira-kira 11,500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan pelancaran Logo, Lagu 1Malaysia dan Senam Seni Malaysia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka hari ini.

Pada acara yang penuh berwarna-warni itu, para peserta terutama daripada beberapa agensi dan jabatan kerajaan turut melakukan aktiviti Senam Seni Malaysia bersama Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta menteri Kabinet lain.

Lebih bermakna, acara Senam Seni Malaysia yang menggabungkan beberapa elemen daripada kesemua kaum di negara ini turut menyaksikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet lain mengambil bahagian.

Acara dimulakan dengan Senam Seni Malaysia pada pukul 8 pagi dan berlangsung selama hampir 40 minit sebaik sahaja Najib melancarkan logo tersebut.

Logo itu berbentuk angka satu dengan berlatarbelakangkan bendera Malaysia yang disertai tulisan Malaysia di dalamnya.

Sebelum itu, logo tersebut yang berketinggian kira-kira dua meter diarak oleh beberapa peserta dengan diketuai oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menteri lain antaranya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Logo itu diarak dari bahagian bawah pentas ke atas pentas khas di Dataran Merdeka sebelum diserahkan kepada Najib dan timbalannya, Muhyiddin dengan diiringi oleh Rais.