Sunday, June 14, 2009

HR: Mengurus Etika Dalam Organisasi

Menurut bahasa Greek kuno, etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya (Wikipedia, ensiklopedia bebas). Nilai yang terkandung dalam etika kerja akan menjadi pegangan setiap warga organisasi dalam melaksanakan tugas profesional mereka.

Memetik kata-kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (pada tarikh keratan dipetik), Datuk Azizah Mohd. Dun dalam keratan Utusan Online bertarikh September 17, 2008, beliau berkata, tindakan sewajarnya diambil kepada kakitangan yang mencemar imej kerajaan khususnya kakitangan yang berurusan dengan orang ramai. ''Misalnya, budaya keluar pejabat bukan pada waktunya, tiada budi bahasa dan layanan tidak baik kepada pengguna sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan orang ramai. Gejala seperti ini perlu dibendung dan kelakuan ini jelas bertentangan dengan prinsip moral dan etika". Sekaligus ini memperlihatkan kepentingan pengurusan etika dalam organisasi atau jabatan. Pengurusan etika di sektor perkhidmatan awam dilihat sangat lemah dan ini memberikan imej yang buruk kepada negara secara tidak langsung.

Melihat kepada pengertian nilai secara ringkas memberi maksud tanggapan dan penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing. Setiap manusia mempunyai pandangan tersendiri mengenai sesuatu perkara kerana setiap individu meletakkan satu nilai berdasarkan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan atau bagaimana mereka mentafsir keadaan yang berlaku.

Kod etika kerja secara umumnya adalah sebagai pemakaian etika bagi hal ehwal pengurusan, yang dirumus untuk meningkatkan standard pentadbiran serta menanamkan profesionalisme dan keberkesanan tugas di kalangan pekerja. Kod etika ini menjadi suatu kod kesusilaan yang memperkatakan dengan apa yang benar atau salah dan apa yang baik atau buruk dari segi moral dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja. Etika kerja yang diamalkan perlu berdasarkan displin atau peraturan yang telah ditetapkan. Melihat kepada kebiasaan, etika kerja yang sebenar amat jarang dipraktik secara telus. Sebagai contoh, seorang pekerja mula bekerja pada jam 9.00 pagi iaitu selepas minum, baca surat khabar atau berbual dengan rakan (waktu bekerja sebenar adalah pada jam 8.00 pagi) tidak akan menjadi satu perkara luar biasa kerana ia berlaku sejak sekian lama dan tiada siapa mengambil peduli. Maka senario pekerja lewat memulakan kerja merupakan satu norma kerana di terima umum. Usaha untuk mengubah keadaan ini adalah sukar dan mengambil masa untuk dipulihkan. Pengurusan yang efektif amat diperlukan bagi menggelak dari senario ini berlaku.

Dalam pengurusan etika, sikap adalah merupakan perkara yang sangat perlu diambil perhatian. Sikap adalah kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu. Sesuatu perkara yang dilakukan mungkin secara teragak-agak, tidak sepenuh hati atau dilaksanakan secara terpaksa dan oleh sebab itu persediaan mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang. Sikap mempunyai peranan penting sebagai faktor pendorong dalam tindakan manusia samada untuk menerima atau menolak sesuatu.

Dalam usaha untuk membentuk budaya kerja beretika dalam organisasi, orientasi pekerja haruslah berada di atas landasan yang betul bagi menjayakan budaya kerja cemerlang. Pekerja perlu komited, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang. Apabila pekerja sesebuah organisasi rnerniliki satu rnatlarnat yang sama, akan wujud keharmonian dalam organisasi tersebut untuk mengamalkan etika kerja yang sama. Nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersarna secara positif akan menerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik sekaligus mewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara keseluruhan. Begitu juga kalau semua orang berkongsi nilai, noma dan sikap yang kurang baik akan menyebabkan etika kerja yang kurang baik.

Pekerja juga perlu sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap dasar etika organisasi. Ini dilaksanakan supaya setiap lapisan pekerja faham dengan jelas tentang arah dan matlamat pengurusan etika organisasi dan seterusnya memudahkan pekerja memahami dasar tersebut sebagai panduan dalam menjalankan kerja-kerja mereka. Kesedaran yang tinggi terhadap etika juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dikalangan pekerja apabila mereka melaksanakan tindakan-tindakan dan keputusan yang dibuat. Tindakan untuk meningkatkan etika boleh dilakukan oleh pihak pengurusan melalui kaedah memberi latihan, penganjuran hari beretika dan sebagainya.

Dalam membentuk etika kerja cemerlang dalam organisasi, penglibatan dari semua individu dalam organisasi adalah sangat penting. Kejayaan yang dicapai oleh organisasi belum boleh menunjukkan tahap etika yang unggul. Usaha organisasi untuk mencapai kecemerlangan secara keseluruhan adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang ditetapkan dan untuk mencapainya, pengurusan etika yang paling efisien diperlukan. Organisasi sentiasa perlu memastikan pengurusan etika yang berterusan perlu dilakukan kerana manusia (pekerja) sentiasa berubah dan perlu sentiasa diurus. Dalam menuju kecemerlangan, pihak pengurusan perlu ingat bahawa akan ada ruang-ruang yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa bagi menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada. Apa yang penting adalah kesediaan memperbaikinya. Jangan hanya ambil sikap, "ahhh,... bukan syarikat aku pun, janji gaji jalannn,.....". Realiti bukan?


Nonahanim: Geram bila berurusan dengan pekerja 'front desk' yang tidak beretika. Sombong mengalahkan pegawai!!!

3 comments:

Anonymous said...

Keeρ thіs going ρleаsе, great jоb!



my site; Sixpack

Anonymous said...

Hello to еvеry one, the contentѕ prеsent at thiѕ wеb ρage are reаllу remarkable for people
еxperіence, well, κeeр up thе good woгk felloωs.


Also viѕit my webpagе :: Bauchmuskeltraining

Anonymous said...

Ι love it when indiνiԁuals get togethеr anԁ shаre vieωs.

Great ωebsіte, cοntinue the gooԁ work!


Revіew my ωeb-ѕitе: Bauchmuskelübungen